Tak Alami Alahan Tervk, Kandungan Kedua Mia Ahmad Dah Berusia 4 Bulan

Pelakon Mia Ahmad yang sedang ham1l anak kedua mendedahkan dia tidak mengalami alahan yang teruk.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi ini pernah mengharungi suasana berbeza ketika ham1l anak pertama.

“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu ham1l ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.

“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding keham1lan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya.

Tambah Mia, dia yang bakal bersalin pada Jun ini berharap proses keham1lan kedua dipermudahkan,

“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah. Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi.

Sebelum ini, peminat mula berspekulasi Mia ham1l lagi setelah dia berkongsi foto percutian keluarga di Bali, Indonesia dengan hashtag #BabyMooninBaliAgain.

Mia dan suami, pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama.

Pasangan itu menerima cahaya mata pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro via GEMPAK

Be the first to comment on "Tak Alami Alahan Tervk, Kandungan Kedua Mia Ahmad Dah Berusia 4 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*