Kongsi Foto Dari ‘Shooting’, Lakonan Azhan Rani Dipuji Sampai Ke Jiwa

Pelakon berbakat bernama Azhan Rani ini bukanlah ‘muka baru’ dalam industri lakonan tanah air. Bakatnya cukup diakui dengan pelbagai jenis karakter yang dibawakan olehnya sebelum ini. Terbaru Azhan Rani berkongsikan beberapa foto hasil dari lakonanan dalam telemovie terbaru.

Biarpun kapsyen yang ditulis menerusi perkongsiannya adalah dalam tulisan jawi, namun setiap postingnya pasti meraih perhatian ramai. Perkongsian terbaru mengenai lakonanya dalam telemovie berjudul ‘Demi Cintaku Zainuddin’ telah meraih lebih 4,000 likes.

Berikut adalah foto yang dikongsikan olehnya:

Dalam postingnya itu Azhan Rani memuatnaik sekeping foto yang memaparkan satu babak yang mana dirinya sedang duduk berpakaian kain pelikat dengan riak wajah sungguh sedih.

Turut disertakan kapsyen darinya yang ditulis, “Allah itu terlalu baik. Dia tak pernah meninggalkan kita walaupun sehina mana diri kita”.

Berdasarkan hastag yang digunakan, telemovie ini bakal bersiaran di stesen TV RTM. Selain Azhan Rani, Nabila Huda juga membintangi ‘Demi Cintaku Zainuddin’ ini.

Perkongsiannya itu telah membuatkan ramai tersentuh dan rata-rata netizen serta rakan selebriti meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Tengok pic dah boleh rasa abanggg”

“Sedihnya..Paling dalam rasa tu pergi”

“Tengok pun dah sebak..Hebat bang”

“MashaAllah sebak tengok air muka abang”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Azhan Rani via HCL

Be the first to comment on "Kongsi Foto Dari ‘Shooting’, Lakonan Azhan Rani Dipuji Sampai Ke Jiwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*