“Islamnya Seseorang Terletak Pada Rukun Islam Bukan Baju Dia” – Faezah Elai

Pelakon Faezah Elai punyai pandangan sendiri mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup aur@t.

Kata Faezah, cara berpakaian tidak semestinya melambangkan agama seseorang individu itu.

“Fesyen bermaksud anda selesa dan yakin tetapi sedihnya pemahaman orang kita, fesyen bermakna kena high end ala-ala orang putih.

“Sampai kadang-kadang kalau orang luar tengok dia tak tahu orang yang pakai itu agama apa.

“Saya tak maksudkan perlu bertudung labuh atau jubah, pakai seluar atau skirt, kerana saya tidak menilai melalui apa yang orang pakai.

“Islamnya seseorang itu terletak pada rukun Islam dia, bukan baju dia. Kalau semua aur@t tutup sekalipun nampak mata saja tapi rukun Islam pun tak penah buat, yang itu bukan Islam.

“Setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, perempuan Arab yang bukan Islam pun pakai yang sama,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Dalam pada itu, Faezah turut mengajak orang ramai untuk istiqamah bertudung dengan cara yang sempurna dan patuh syariah.

Selaku pelajar jurusan fesyen, Faezah punyai pandangan sendiri mengenai cara berpakaian sehari-harian.

“My 2019 fashion style. Saya belajar fesyen dahulu, seperkara yang saya faham mengenai fesyen, anda tak perlu pakai Prada, Chanel atau Louis Vuitton untuk nampak bergaya.

“Cuma untuk yang bertudung itu, bila orang tengok orang tahu anda itu Islam. Tak kisahlah lilit tudung macam mana pun,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My 2019 fashion style.. I studied fashion dulu.. 1 thing I understand about fashion is that,u dont need to wear Prada,Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable.. Is how u carry out the design.. fashion means u feel comfortable and confident..but sad pemahaman org kita,fashion means kena hi end ala2 omputih.. sampai kadang2 klu org luaq tgk,dia tk tau org yg pakai tu agama apa.. i dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah,pakai seluaq or skirts,cause i dont judge people from what they wear. Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia,bukan baju dia,klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja,tp Rukun Islam pon tk penah buat,yg tu bukan islam,setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut,pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama.. . Cuma,utk yg bertudung tu,bila org tgk,org tau hg tu islam.. tk kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon.. . Contoh mcm hakak,walaupon hakak mcm Jessica Alba,tp mmg tau dh hakak muslim.. klu Trumph tgk dia tembak teruih 😝 Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat.. . You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulate my words hokey.. Moga kita teruih istiqomah.. . I just need @properhijab to look like Jessica Alba.. I dont need LV,Prada or Fendi.. well well.. Thank you so @properhijab . Satgi ni mesti ramai yg triggered ni.. 🤣😂 ok bye . #properhijab #ootd2019 #myootd2019 #ootd #ootdfaezahelai #faezahelaiootd #muslimahfashion #mystyle #myfashion #fashionblogger #faezahelai #influencer #feelingblessed #alhamdulillah #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Islamnya Seseorang Terletak Pada Rukun Islam Bukan Baju Dia” – Faezah Elai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*