“Dah Bunyi Siam, Tak Apa Sayang, Keep It Up” – Comelnya Bila Anak Erra Fazira Belajar Cakap Melayu

Pelakon Erra Fazira berkongsi momen comel puteri tunggalnya, Engku Aleesya bertutur dalam Bahasa Melayu.

Erra memuat naik video yang merakamkan gelagat anaknya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menurut Erra, Aleesya kini dalam proses pembelajaran untuk memperkasakan pertuturan dalam Bahasa Melayu.

“Mari belajar Bahasa Malaysia… Dah bunyi Siam + Cina + India dah anakanda ku seorang ini. Tak apa sayang. Keep it up!! Practice makes perfect darling! You can do it!

“Lepas ni belajar bahasa mom pula, bahasa Bengkulu. Ape-paro-nga ngayat te pek? Mare badu la,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mari belajar Bahasa Malaysia.. Dah bunyi siam + cina + india dah anakanda ku seorang ini.. 🤭🤣 . Takpe sayang.. keep it up!! Practice makes perfect darling! 👍 . . . U can do it!! . Lepas ni belajar bahasa mom pulak.. bahasa Bengkulu.. 😁 . APE-PARO-NGA NGAYAT TE PEK?? MARE BADU LA.. 😄😄

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan Aleesya.

“‘Yaa laa… Hahaha so cute. Cantik macam mom dia jugak. Semoga terus success Aleesya dan jadi penyejuk mata untuk kedua orang tua. Amin,” komen @__aina_jihah_

“Hahahahha… Comel ja Bahasa Melayu dia,” tulis @habibah_sharif

“Lesung pipit dalam tu, cantiknya,” puji @ekeenrazak

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 65,000 tanda suka.

Terdahulu, Erra dan bekas suami, Engku Emran pernah berkahwin pada tahun 2007 namun berp1sah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dah Bunyi Siam, Tak Apa Sayang, Keep It Up” – Comelnya Bila Anak Erra Fazira Belajar Cakap Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*