B3ncana Keb@karan Hutan Australia, Jay Park Derma RM123,000

Penyanyi rap popular Korea, Jay Park telah menyumbangkan AS$30,000 (RM123,000) kepada New South Wales Rural Fire Service demi meringankan beban mangsa kebakaran di Australia ketika ini.

Perkara itu diumumkan Jay Park sendiri menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

“Doakan untuk Australia dan jumpa nanti,” tulisnya.

Jay Park kini dalam siri jelajah dunianya Sexy 4eva dan akan bertandang ke Auckland, New Zealand pada Rabu, seterusnya di Sydney dan Melbourne pada 10 dan 12 Januari nanti.

Australia kini berhadapan dengan b3ncana yang berpunca dari keb@karan hutan teruk sehingga menyebabkan kemvsnahan dan kemat1an rakyatnya selain ratusan juta haiwan.

Selebriti lain seperti Pink, Chris Hemsworth, Selena Gomez dan Nicole Kidman turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa b3ncana alam itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Daily Mail via GEMPAK

Be the first to comment on "B3ncana Keb@karan Hutan Australia, Jay Park Derma RM123,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*