Lawan Vokal Di AJL34, Aina Abdul Tertekan Dibandingkan Dengan Ernie Zakri?

Penyanyi Aina Abdul akui sedikit tertekan apabila ada segelintir pihak yang membandingkan kehebatan vokal finalis wanita Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Ernie Zakri.

Dikatakan bakal berentap habis-habisan pada AJL34 nanti, kata Aina dia lebih melihat pada persaingan sihat.

“Saya sedar memang ada segelintir pihak yang mula membanding-bandingkan saya dan Ernie.

“Ada yang mula menulis komen-komen di media sosial saya termasuk video di YouTube nyanyian lagu cover artis lain.

“Itu sebenarnya tekanan untuk diri saya sendiri tetapi saya mahukan perlawanan yang sihat. Ia lebih pada perlawanan dengan diri saya sendiri nanti,” katanya.

Tambah Aina, setiap finalis AJL34 punyai kehebatan sendiri dan sukar untuk menilai kehebatan vokal masing-masing.

“Semua ada kelebihan dan terpilih sebagai salah seorang daripada dua finalis wanita AJL34 kali ini pun saya rasa tak terjangkau,” jelasnya.

Lagu Sumpah nyanyian Aina dan Ku Bersuara (Ernie Zakri) antara lagu yang disifatkan netizen punyai potensi untuk meraih juara vokal terbaik AJL34.

Antara lagu lain yang layak ke AJL34 ialah Anta Permana, Kisah Cinta Kita, Lembah Kesepian, Rampas dan Dinda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Lawan Vokal Di AJL34, Aina Abdul Tertekan Dibandingkan Dengan Ernie Zakri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*