“Nanti Membesar Dia Akan ‘Adjust’ Sendiri ..” – Netizen Tegur Jebat Jayden Duduk Dalam Posisi W, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad ditegur selepas memuat naik video yang menunjukkan anak lelakinya, Jebat Jayden duduk dengan keadaan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W.

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Sharnaaz sedang melayan Jebat bermain dengan permainannya.

“Abang Sharnaaz..Kalau Jebat duduk kaki ke belakang macam tu baiki ye. Effect ke tulang belakang. Pandai dia tu sebut babaaaa ee comelnya,” tulis salah seorang pengikutnya.

Sharnaaz tidak mendiamkan diri lalu membalas komen itu.

“Baik akan cuba, biarkan dia selesa apa dia nak, nanti membesar dia akan adjust sendiri Insya-Allah. 

“Dulu saya kecik pun suka dok macam tu, tapi bila dah besar sikit badan pun dah gemuk, nak dok macam tu kebas oo kaki..Dia sendiri akan adjust human nature,” balas Sharnaaz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak jadi baba ya pakai gelang tasbih.. tasbih dah betul dah, nakal baba tu takmau ikut naa.. nanti mummy marah apa pun takdapat.. satgi kena bancuh susu sendiri baru tau sayang baa.. love u syg ba @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Seperti dipetik dari Majalahpama.my ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.

Ia boleh menimbulkan masalah postur di kemudian hari. Duduk dengan posisi ini dapat menyebabkan kekerasan otot yang serius dan menimbulkan rasa tidak selesa. 

Hal ini juga boleh menyukarkan kanak-kanak untuk belajar mengendalikan tubuhnya.

Untuk rekod, Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Nanti Membesar Dia Akan ‘Adjust’ Sendiri ..” – Netizen Tegur Jebat Jayden Duduk Dalam Posisi W, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*