Apabila ternampak haiwan yang sedang terperangkap atau sesat di tempat tak sepatutnya, kita memang dianjurkan untuk sentiasa berbuat baik terhadap mereka. Namun begitu, tak semua binatang boleh dikendalikan dengan mudah seperti yang mempunyai bisa atau terlalu agresif. Baru-baru ini, tul4r di laman media sosial mengenai gelagat sekumpulan remaja lelaki yang cuba menangkap seekor biawak.
Merdeka..sekali terlepas
Menerusi posting oleh saudara Muhammad Hafiz di laman Twitter, dalam video itu kelihatan seorang remaja merakam babak rakan-rakannya yang masih memakai baju seragam sekolah bekerjasama menangkap seekor biawak terperangkap di dalam longkang kawasan perumahan. Reaksi perakam yang pada mulanya takut tetapi selepas itu teruja dengan kejayaan menangkap haiwan itu telah mengundang tawa. Hal ini kerana biawak tersebut tiba-tiba terlepas dan masuk ke dalam rumah berdekatan dengan kawasan berkenaan.
Ibarat pegang kucing
Di ruangan kapsyen, Muhammad Hafiz sempat berseloroh dengan berkata rakannya memegang haiwan reptilia itu seakan-akan memegang kucing. Meskipun kekecohan pada Jumaat lepas ini telah mendapat perhatian ramai, pemuda ini telah menjelaskan bahawa haiwan berkenaan telah diuruskan oleh pihak bomba yang dihubungi sejurus biawak itu terlepas buat kali kedua.
ibarat pegang kucing 🤣 pic.twitter.com/cQouIfiRmf
— 𝓂𝓊𝒽𝒶𝓂𝓂𝒶𝒹 𝒽𝒶𝒻𝒾𝓏 (@hapiez__) January 3, 2020
Semua berjaya mainkan watak masing-masing
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata turut terhibur dengan gelagat lucu remaja itu. Tidak kurangnya ada juga memuji peranan mereka yang terlibat dalam situasi itu. Video berkenaan telah meraih sebanyak 450 ribu jumlah tontonan dan 18 ribu retweets setakat ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: AKU OKAY
Be the first to comment on "[VIDEO] Viral Adegan Tangkap Biawak, Tapi Gelagat ‘K@lut’ Remaja Jadi Perhatian"