“Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” – Netizen Minta Rozita Che Wan Tambah Zuriat

Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengundang usikan wargamaya apabila diminta untuk menambah zuriat.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi foto bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 6 tahun.

“Bila kat set shooting, rindu nak balik rumah sebab dia la. Daddy dia tak pernah kisah mummy balik pukul berapa, dia je yang berleter cakap ‘Aisyah dah tahu, mummy mesti balik lambat’.

“Jangan cepat besar nak, nanti mummy rindu nak anak kecil,” tulis Che Ta menerusi ruangan kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila kat set shuting, rindu nk blk qumah , sebab dia la.. daddy dia tk penah kesah mummy nk blk kul bape, dia ja yg dok beletiaq ckp “aaisyah dah tau , mummy Mesti balik lambat “😜 . Jgn besaq cepat nak , nanti mummy rindu nk anak kecik 😂 . . #rozitachewan #cheta #rcw #aaisyahdhiarana #jan2019 #zsrcwfamily . . 📷 @aslvn

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Kapsyen Che Ta yang rindu kehadiran anak kecil itu telah mengvndang reaksi positif daripada pengikutnya apabila ramai yang mengusik untuk pelakon berusia 46 itu untuk berikan adik pada Aaisyah.

“Tambahlah, sebab anak-anak mummy semua cantik macam mummy,” ujar seorang wargamaya.

“Please bagi Aaisyah adik, please!” pinta seorang wargamaya.

“Aaisyah minta la adik kecil kat mummy. Nanti boleh teman Aaisyah kalau mummy balik lambat lagi,” saran seorang wargamaya.

“Che Ta boleh mengandung lagi, bagi adik kat Aaisyah. Hehehe,” usik seorang wargamaya.

Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” – Netizen Minta Rozita Che Wan Tambah Zuriat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*