Pelajar Orang Asli Tahun Satu Menangis C1um Dinding Sekolah Rindukan Mak Ayah

Merajuk hadap dinding sekolah

Pelbagai cerita menarik telah berlegar-legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan. Mana tidaknya, alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat menuntut ilmu itu.

Antara perkongsian yang mencvri tumpuan adalah dari seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan Lemoi. Sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar Orang Asli ini sememangnya ceria dengan pelajar dari suku kaum tersebut apabila sesi persekolahan bermula.

Menerusi muat naik yang dilakukan oleh guru di sekolah itu menggunakan nama BungoLale, terlihat seorang kanak-kanak tahun satu yang sedang mengasingkan diri diluar kelas kerana merajuk dan kurang selesa dengan persekitaran baru yang dihadapinya.

Baru tahun satu dah berjauhan dengan mak ayah

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jasniman itu kelihatan duduk dilantai sambil mukanya menghadap ke dinding kerana menangis terkenangkan ibu dan ayahnya di kampung.

Tambahan pula, Jasniman tidak pernah berjauhan dengan keluarganya kerana terus sahaja mendaftarkan diri ke tahun satu tanpa menjejakkan kaki ke prasekolah.

Walau bagiamanapun, gurunya telah mengucapkan terima kasih diatas kata-kata semangat yang diberikan dan berjanji akan membantu Jasniman membiasakan diri dengan keadaan baru tersebut.

Kau akan jadi orang kuat yang berjaya nak

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai diatas posting itu.

Kebanyakkan daripada mereka telah menurunkan kata-kata semangat buat Jasniman dan mendoakan kanak-kanak itu menjadi insan yang hebat pada masa akan datang.

Semoga kuat & membesar jadi anak berguna Jasniman

Betullah tugas cikgu ni berat

belajar pandai2 dik banggakan mak ayah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: VIRAL KAMI PRESS

Be the first to comment on "Pelajar Orang Asli Tahun Satu Menangis C1um Dinding Sekolah Rindukan Mak Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*