Zul Ariffin Kembali Di Instagram Selepas H1lang Sejak Disember 2019. Ini Kata Kata Zul Ariffin Sempena Tahun 2020

PELAKON Zul Ariffin nampaknya kembali ‘bersosial’ selepas hampir sebulan menyahaktifkan akaun Instagram pada 11 Disember lalu.

Zul menerusi entri terbaharu yang dimuat naik pada Khamis berkongsi sekeping foto dengan imej watak yang dilakonkannya menerusi sebuah filem berjudul Talbis Iblis.

“Dah tahun 2020 kah? Hi guys,” tulisnya ringkas.

Kemunculan Zul di Instagram tentunya disambut baik para peminat.

Rata-rata mereka meluahkan rasa rindu mengenai perkembangan pelakon berbadan sado (sasa) itu.

“Hi! Abang Zul… rindulah. Selamat tahun baharu 2020.

“Judo is back! Its been awhile, kami sangat merindui awak.

“Eh, bos dah on… selamat tahun baru bos, semoga Allah permudahkan segalanya,” tulis mereka.

Instagram Kelab Peminat Zul Ariffin mengumumkan aktor itu berehat dari menggunakan laman sosial buat sementara waktu pada Disember lalu.

Kehilangan akaun Instagram pelakon Zul Ariffin sebelum ini mengundang pelbagai persoalan dan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Ia dipercayai dinyahaktif oleh aktor itu selepas tersebarnya rakaman video lvcah yang did@kwa mirip Zul Ariffin di lamanTwitter.

Menerusi kenyataan dimuat naik kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC), dimaklumkan bahawa akaun Instagram tersebut tidak digodam oleh mana-mana pihak sebaliknya, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR ONLINE via LIMAU MANIS

Be the first to comment on "Zul Ariffin Kembali Di Instagram Selepas H1lang Sejak Disember 2019. Ini Kata Kata Zul Ariffin Sempena Tahun 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*