“Love you Zizan! Sangat hargai…”- Kapsyen Zizan buat Neelofa tinggal komen, lain pula yang jadi

Seperti yang diketahui ramai, pada selasa lalu merupakan hari terakhir buat pelakon dan pengacara Neelofa untuk mengacara program Meletop setelah mengumumkan pengunduran dirinya pada awal Disember.

Bagaimanapun, tidak hanya netizen malah rakan selebriti Zizan Razak juga turut terkesan dengan berita pengunduran diri Neelofa.

Apatah lagi, pelawak dan pelakon ini turut menjadi salah seorang tetamu jemputan bagi episod terakhir Neelofa di Meletop dan ianya membuatkan dia sempat berkongsikan foto mereka bersama.

Tidak disangkakan juga, perkongsian daripada pelakon Polis Evo ini telah meraih hampir 200,000 tanda suka, selain kapsyen Zizan buat Neelofa turut mencuri tumpuan ramai peminat dan pengikut.

Kapsyen Zizan buat Neelofa curi tumpuan ramai

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cerita semalam. Bersama dengan wanita idola saya. Berjurai air mata Zizan bila dengar Lofa nak berhenti dari @meletop tak tahu kenapa tapi rasa sangat sedih. Coz setiap selasa dia and @nabilzira lah penceria Malaysia. Kalau nak diceritkan tentang kehebatan influence Lofa pada masyarakat Malaysia memang tak cukup kalau hanya satu jilid novel. Memang beliau banyak memberi inspirasi positif pada semua. Apa apa pun Malaysia ayuh kita doakan yang terbaik buat @neelofa we love u…!!! #lofa #zizanrazak #2020

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Cerita semalam. Bersama dengan wanita idola saya. Berjurai air mata Zizan bila dengar Lofa nak berhenti dari @meletop tak tahu kenapa tapi rasa sangat sedih. Coz setiap selasa dia and Nabil lah penceria Malaysia…”

“Kalau nak diceritakan tetang kehebatan influence Lofa pada masyarakat Malaysia memang tak cukup kalau hanya satu jilid novel. Memang beliau banyak memberi inspirasi positif pada semua. Apa apa pun Malaysia ayuh kita doakan yang terbaik buat Neelofa we love u…!!”

Kapsyen mengenai kehebatan Neelofa dalam industri tanah air daripada Zizan Razak ini turut membuatkan tuan punya badan meninggalkan komen.

“This means so much…”

Namun lain pula yang jadi apabila ramai mengharapkan mereka untuk ‘berjodoh’ sehinggakan plbagai komen turut ditinggalkan peminat.

“Kalu berjodoh pun molek ni”

“Moga berjodoh la Zizan ngan Lofa…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Zizan Razak via HCL

Be the first to comment on "“Love you Zizan! Sangat hargai…”- Kapsyen Zizan buat Neelofa tinggal komen, lain pula yang jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*