‘Kalau Orang Terhormat Sendiri Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana…’ – Bront Palarae

Beberapa hari ini, kecoh isv membabitkan laporan yang mend@kwa bahawa kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan. Bukan itu sahaja, sebanyak 3,000 Honda Accord juga dikatakan diperlukan untuk kegunaan pegawai kerajaan. Susulan daripada laporan itu, timbul pertikaian dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal terutamanya dalam situasi ekonomi negara yang tidak menentu.

Lanjutan daripada itu, pelakon tanah air, Bront Palarae seakan memberi respon berhubung perkara tersebut dan meluahkan pandangan peribadinya di laman Twitter, hari ini.

Macam mana nak yakinkan orang luar

Menerusi satu tulisannya di Twitter, pelakon itu berkata kita tidak akan mampu meyakinkan orang dari negara luar untuk membeli kereta buatan tempatan sekiranya pihak dari golongan tertinggi sendiri tidak menggunakan kereta nasional.

Tambahnya, jika ia dikatakan untuk menguatkan hubungan diplomatik, ia bermakna bahawa ratusan kereta jenis Perodua juga perlu digunakan sebagai kereta rasmi kerajaan Jepun.

Netizen sokong

Baru beberapa jam tweet itu dimuat naik, ia sudah mendapat lebih 1.2k rt dan 1k tanda suka. Malah, pandangan yang dilontarkan pelakon itu juga turut mendapat sokongan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter Bront Palarae via OHBULAN:

Be the first to comment on "‘Kalau Orang Terhormat Sendiri Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana…’ – Bront Palarae"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*