“Troll kereta terbang tu agak membosankan” – Sharnaaz harap masyarakat tidak tertawakan impian orang lain

Sharnaaz menganggap troll kereta terbang membosankan.

KEPESATAN teknologi membuatkan kita sering disogok dengan ura-ura kononnya akan wujud kereta terbang menjelang tahun 2020.

Namun apabila hasrat itu belum dapat direalisasikan meskipun kita baharu saja membuka tirai tahun baharu, ia nampaknya menjadi bahan jenaka netizen sehingga ia menjadi trending di Twitter.

Ditambah pula dengan suntingan video yang memaparkan sebuah kereta Myvi terbang, membuatkan isv itu h@ngat diperkatakan di media sosial.

Antara posting yang dimuat naik ke laman Twitter Sharnaaz.

Bagaimanapun, troll mengenai kereta terbang itu dianggap membosankan buat pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Troll kereta terbang tu agak membosankan.

“Daripada buat lawak fasal kereta terbang, baik fikirkan dan usahakan mimpi yang kita hajati itu ‘terbang’ menuju kejayaan,” ujarnya.

Sharnaaz meluahkan pandangannya itu menerusi Twitter.

 

Lebih baik kita impikan sesuatu yang besar daripada kita asyik mentertawakan angan-angan orang lain.

<>SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Dalam pada itukata Sharnaaz, netizen tidak seharusnya mengherdik impian seseorang untuk melihat kereta terbang.

“Lebih baik kita impikan sesuatu yang besar daripada kita asyik mentertawakan angan-angan orang lain.

“Kereta terbang itu juga impian orang lain juga. Ayuh buat ia jadi kenyataan geng,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Troll kereta terbang tu agak membosankan” – Sharnaaz harap masyarakat tidak tertawakan impian orang lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*