“Saya Nak Anak-Anak Lihat Saya Sentiasa Ceria Kerana…”- Zizie Izette

Pelakon Datin Seri Zizie Izette menyambut ulang tahun kelahirannya semalam bersama anak-anak serta pembantu rumahnya.

Sempena hari kelahirannya, Zizie mengucapkan syukur atas segala kurniaan dan rezeki yang diterima sepanjang tahun 2019.

Apa yang pasti, Zizie memberitahu dia mahu anak-anaknya lihat dirinya sentiasa ceria dan sihat.

“Tak lama lagi kita nak tinggalkan 2019 dan menuju 2020. Banyak cabaran yang bakal mendatang terutama dalam kehidupan tapi sebagai ibu saya kuat hanya kerana anak-anak.

“Saya nak anak-anak lihat saya sentiasa ceria kerana saya juga seorang role model kepada mereka.

“Sempena harijadi ni saya hanya minta Allah supaya menjadikan saya insan yang terus kuat, diberikan kesihatan dan rezeki untuk menjaga amanah dari Allah ini semua.

“Saya doa semoga anak-anak sentiasa sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah,” tulisnya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video yang menunjukkan sambutan hari jadinya bersama anak-anak dan pembantu rumah.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia sembilan bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Another year wiser, alhamdulillah. I am grateful for all I have been blessed with; family, friends, shelter, health, love, beauty and all the good things around me. . . I’m also thankful for the bad experiences and the hard times. It makes me stronger and the person I am today. . . Tak lama lagi kita nak tinggalkan 2019 dan menuju 2020. Bnyk cabaran yg bakal mendatang terutama dlm kehidupan tapi sebagai ibu saya kuat hanya kerana ANAK2. Saya nak anak2 lihat saya sentiasa ceria kerana saya juga seorang role model kpd mereka. . . Sempena harijadi ni saya hanya minta Allah supaya menjadikan saya insan yg terus kuat, di berikan kesihatan dan rezeki utk menjaga amanah dari Allah ini semua. . . Saya doa semoga anak2 sentiasa sihat dan sentiasa dlm perlindungan Allah. . . Last but not least, I want to thank all for the birthday wishes. I feel overwhelmed and touched by all. May Allah bless all of you. . . . Ps: Thank you my helpers for the yummy dishes! Oh my cake is sooo sedap. Thank u cousin @saphyracake u bake the best cake!!

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Nak Anak-Anak Lihat Saya Sentiasa Ceria Kerana…”- Zizie Izette"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*