Hebatnya impak keb3ncian media sos1al, Alieff Irfan 3 hari tak keluar rumah gara-gara ‘Cikgu Suraya’ – “Saya tak takut dicop g1la”

LAPORAN KHAS

MASALAH d3presi dalam kalangan figura terkenal bukanlah sesuatu yang asing, malah ada golongan selebriti yang mengambil jalan singkat dengan mencabut ny@wa sendiri akibat tidak tahan berdepan kemahsyuran.

Antara yang paling diingati tentunya vokalis kumpulan rock terkenal Linkin Park iaitu Chester Bennington yang membvnuh diri pada Julai tahun 2017.

Tragedi itu sekali gus membuktikan populariti dan wang yang bertimbun tidak menjamin kebahagiaan, sebaliknya ada antara golongan ini banyak mem3ndam masalah sendiri sehingga tercetusnya masalah kemurungan.

Melihat senario ini, ia juga tidak mustahil boleh berlaku kepada mana-mana individu termasuklah orang biasa mahupun selebriti di negara kita.

Pasti ramai yang tahu bagaimana kejinya komen-komen yang diterima golongan popular di media sosial setiap kali ada isv yang membadai mereka.

Dihujani komen bersifat keb3ncian dalam kuantiti yang besar pastinya boleh memberi impak kepada kesihatan m3ntal mereka khususnya jika ia tidak dikawal dan dibiarkan berlarutan.

Dalam pertemuan mStar bersama selebriti media sosial dan juga Youtuber terkenal, Alieff Irfan, dia sempat bercerita mengenai bahana d3presi atas kemahsyuran yang dimilikinya.

Jika disoroti perjalanan anak muda ini, dia menempa nama sebagai antara Youtuber pertama Malaysia yang berjaya mencapai sejuta subscribers di platform perkongsian video berkenaan.

Alieff tidak terlepas menerima komen-komen bersifat kebencian di media sosial miliknya.

Aktif menghasilkan video dan filem pendek, akaun Youtube milik anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu terus meningkat kepada 2.17 juta subscribers.

Malah, dia juga memiliki lebih 1.1 juta pengikut di Instagram, diikuti Facebook dengan lebih 550,000 peminat.

Ia ternyata membawa tuah buat Alieff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki apabila kelebihan itu digunakan sebaik mungkin sehingga menjadi kerjaya profesional yang menjana pendapatan lumayan.

Silap langkah bawa padah

Namun kata Alieff, dia juga tidak terlepas dibadai ombak keb3ncian netizen sehingga ia memberi kesan kepada kesihatan emosinya atas beberapa kekhilafan yang dilakukan sepanjang berkecimpung dalam haluan ini.

Paling teruk kata Alieff tentunya sewaktu dia terpalit dengan kontroversi penghasilan video yang diinspirasikan daripada kisah lvcah popular, Cikgu Suraya, sekitar Oktober lalu.

Seawal usia 22 tahun, Alieff sudah memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram.

Suntikan elemen berunsurkan soft p0rn dalam plot penceritaan video tersebut ternyata menimbulkan kem@rahan ramai.

Lebih teruk, rata-rata pengikut Alieff merupakan golongan muda serta rakyat negeri kelahirannya yang cukup dikenali dengan imej Islam dan digelar sebagai negeri serambi Makkah.

Selain dilabel mencemarkan nama Islam, dia juga menerima kritikan kerana dianggap memberi pengaruh buruk terhadap golongan muda di negara ini.

“Bercakap mengenai d3presi, tipulah kalau saya kata langsung tak ada. Lebih ramai peminat, lebih ramai orang b3nci kita.

“Bagi saya, memiliki pengikut yang ramai di media sosial ada kekurangan dan kelebihannya. Biasanya orang nak cari buruk kita sahaja.

Alieff mengakui perlu cekal jiwa seandainya mahu kekal bertapak dalam industri seni.

“Sekali buat buruk, orang akan ingat dan tularkan perkara itu. Ia memang boleh buat saya tertekan dan menjurus ke arah d3presi, tapi saya kena sesuaikan diri untuk kekal dalam industri,” ujarnya.

Alieff kurung diri

Bercerita mengenai detik paling gelap dalam hidupnya selepas teruk dik3cam akibat penghasilan video Cikgu Suraya, Alieff mendedahkan dia pernah mengurung dirinya dalam rumah selama beberapa hari.

Malah, dia juga seolah-olah takut untuk keluar bersemuka dengan masyarakat kerana tidak tahu apa persepsi sebenar yang akan dilontarkan pada dirinya.

“Selepas kisah Cikgu Suraya. Itulah detik paling teruk saya rasa. Pada masa tu saya mula rasa macam diri ini dianggap tak bagus dan dib3nci ramai.

“Saya tak keluar rumah selama tiga hari. Duduk berkurung sahaja. Apabila saya keluar pada hari keempat, saya masih takut sebenarnya.

Alieff melangkah jauh dalam penghasilan video dengan kewujudan Alieff Irfan Studio Production (AI).

“Apabila orang pandang, saya tak tahu apa yang mereka fikir, atau adakah mereka masih marah pada saya? Dalam dua minggu baru isu itu reda,” jelasnya lagi.

Namun kata Alieff, dia enggan berterusan hidup dalam duka dan cuba mencari alternatif lain bagi meneruskan kehidupan normalnya.

Antara pembaharuan yang nekad dilakukan Alieff termasuklah memperbaiki kandungan video Youtube miliknya agar tidak lagi menjadi bahan c3rcaan netizen.

Kini, semua pelakon dalam video yang dihasilkan Alieff diwajibkan berpakaian menutup aurat.

Malah, dia juga sedaya-upaya cuba menghasilkan jalan cerita yang tidak bersifat negat1f biarpun niat asalnya mahu memberi pengajaran sahaja.

Antara video yang pernah dihasilkan oleh anak muda kelahiran Kelantan ini.

“Alhamdulillah, selepas k3s Cikgu Suraya saya terus ubah cara kerja. Saya terima banyak komen positif. Lebih kurang 95 peratus yang positif, selebihnya komen negat1f.

“Jauh berbeza berbanding sebelum ini. 70 peratus komen keb3ncian, hanya 30 peratus komen yang menyokong saya. Sekarang, baca komen pun rasa gembira,” kata Alieff.

Dapatkan rawatan jika perlu

Berkongsi lebih mendalam mengenai dirinya, Alieff mengakui peka dengan masalah d3presi yang melanda ramai individu pada hari ini.

Kata Alieff, dia juga bersifat terbuka dan tidak malu untuk bertemu pakar psikiatri jika dirinya terjerumus dalam masalah itu.

“Misal kata saya ada d3presi, saya akan berjumpa pakar psikiatri sebab tak mahu ia terus berlarutan.

Alieff mengakui pernah berkurung dalam rumah apabila dia teruk dikecam netizen.

“Saya tak takut dicop gila. Pada saya, kita perlu dapatkan rawatan dan jumpa doktor. Tapi saya tak adalah sampai tahap d3presi lagi. Sekadar tek@nan biasa macam orang lain sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Alieff mula menghasilkan video Youtube sejak tahun 2006, bermula dengan 1,000 subscribers sahaja.

Selain video dan filem pendek, dia menerima pendapatan hasil sumbangan iklan, promosi produk dan jualan barangan cenderamata.

Ia membolehkan Alieff maju setapak dengan pembukaan studio produksi Alieff Irfan Studio Production (AI) sehingga mampu menggaji lapan orang pekerja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Hebatnya impak keb3ncian media sos1al, Alieff Irfan 3 hari tak keluar rumah gara-gara ‘Cikgu Suraya’ – “Saya tak takut dicop g1la”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*