MLM2019: “Yoe Parey Hero Kami” – Bocey Serahkan ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ Kepada Yoe…Cayalah!

Anggota kumpulan Bocey iaitu Achey, Abam dan Fad bersepakat untuk menyerahkan hadiah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ kepada selebriti undangan mereka, Yoe Parey.

Bocey ketika ditemui Gempak berkata, walaupun baru pertama kali menerima ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ sepanjang menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM 2019), namun Yoe Parey lebih layak diberi hadiah tersebut.

“Yoe Parey hero kami pada malam ini, selayaknya dia yang ambil hadiah itu. Bocey berterima kasih kepada Yoe…Kerana dia kami mendapat markah tertinggi daripada juri.

“Hari ini Yoe Parey membuktikan yang orang istimewa juga mampu berjaya. Siapa sangka Yoe Parey mampu beraksi secara live di pentas MLM 2019,” kata Bocey terharu.

Ditanya adakah Bocey tidak terkilan kerana tidak pernah menerima markah tertinggi daripada juri, juara dua kali MLM ini berkata mereka percaya kepada rezeki.

“Memang betul malam suku akhir pertama kali Bocey bergelar juara mingguan dan menerima plak ‘Flamitoz’.

“Kami tidak pernah terkilan, sebaliknya percaya kepada kredibiliti juri dan rezeki daripada Allah. Cepat atau lambat, rezeki pasti ada…Itu yang kami pegang,” kata Fad mewakili Bocey.

Dalam pada itu, Bocey sempat berkongsi pengalaman manis dan cabaran bekerja dengan Yoe Parey selama dua hari.

“Cabaran kami ialah, Yoe Parey ni dia tidur awal…Jadi, kita pula berlatih akan ambil masa yang lama. Tapi semangat dia buat kami kagum.

“Syahmi juga banyak membantu kami memberi garis panduan macam mana nak ‘tackle’ Yoe Parey. Tanpa bantuan Syahmi mungkin susah juga.

“Sebab semua ini risiko, antara jadi dengan tidak jadi sahaja cerita kami di pentas. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya berjalan lancar, syukur,” kata Achey.

Pentas suku akhir MLM2019 malam Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Stone tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 42.59%.

Tinggal lagi lima peserta mara ke pentas separuh akhir Jumaat ini dengan dua tugasan bertemakan Budaya dan Loghat atau Slang.

Persaingan semangit sengit di antara lima lagi bintang MLM 2019 iaitu Rare, Zero, Bocey, Jborn dan Puteh yang bakal berentap di kesepuluh untuk mara ke gelanggang finale!

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau MLNAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "MLM2019: “Yoe Parey Hero Kami” – Bocey Serahkan ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ Kepada Yoe…Cayalah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*