Ain Edruce & Suami Berbulan Madu Di Dubai, Sempat Jumpa Cef Popular Dunia Salt Bae!

Pengaraca Ain Edruce meraikan bulan madu bersama suami tercinta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 27, berkongsi beberapa momen indah itu di laman Instagramnya untuk tatapan umum.

“First time in Dubai, kasi chance kak Ain honeymoon ye,” tulis Ain menerusi ruangan kapsyen.

Tiba di Dubai minggu lalu, Ain memuat naik foto bahagia dia bersama suami berlatarbelakangkan bandar Dubai yang cukup terkenal dengan bangunan Burj Khalifa, Dubai Miracle Garden dan banyak lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BURJ KHALIFA ✅

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Malah, Ain turut berkesempatan bertemu sensasi dunia, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe ketika makan malam di restoran chef terkenal itu.

Istimewanya lagi, bukan sahaja Ain dapat berfoto bersamanya, malah Salt Bae sendiri yang memotong daging untuk dinikmati pasangan itu.

“Mungkin bulan madu kami bertuah, tak sangka @nusr_et ada di sini! Makanan sedap, suasana best, segalanya sempurna. Bucket list 2019 dah selesai,” tulisnya sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Maybe its our honeymoon luck 😝 X sangka @nusr_et is here too !!! Great food, love the ambience, everything here iz purfecttttt .✨ 2019 bucket list settled 😝

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Sekadar info, Ain dan pasangannya, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, telah disatukan pada 13 Disember pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Ain Edruce & Suami Berbulan Madu Di Dubai, Sempat Jumpa Cef Popular Dunia Salt Bae!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*