“Saya Dah Malas Jaga Badan” – Puas Glamor, Aaron Aziz Nak Kejar Saham Akhir4t Pula

Jika suatu masa dahulu penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) ini pernah mencetuskan fenomena apabila membintangi banyak drama dan filem popular seperti Adam dan Hawa,  KL G4ngster serta Ombak Rindu.

Namun, namanya kini sedikit tenggelam dan semakin jarang dilihat beraksi di layar perak mahupun di kaca TV.

Gelagat AAron Aziz dalam All Stars Buka Panggung Foto- Gempak.com

Memetik BH Online, aktor kelahiran Singapura ini mengakui sudah puas mengecapi nikmat dunia glamor sejak mengabdikan diri dalam dunia seni, kira-kira 20 tahun lalu.

Foto: IG

Walaupun kini tampil dengan tubuh yang lebih berisi, Aaron Aziz tidak mahu pandangan atau persepsi orang lain menjadi pengukur dalam menentukan haluan hidupnya.

“Saya mengaku sudah tidak lagi keterlaluan dalam menjaga penampilan. Saya sudah malas mahu menjaga kelangsingan tubuh.

Foto: IG

“Untuk apa? Saya tidak mahu mengizinkan pandangan orang lain menjadi sebagai suatu kriteria dalam haluan hidup saya. Dalam erti kata lain, saya tidak mahu menjadi tumpuan lagi,” ujarnya.

Menurutnya lagi dia tidak peduli sekiranya tubuhnya berisi asalkan dia sihat dan hatinya bahagia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wife : Dar, I love you. Me : Dlm otak Cepat cepat fikir date. Oh dah August. #abglagisikitlupa #abglagisikitpengsan #abgworried #abgtakdeidea #abgbaikIngat #abgbaikwishdulu #abgtakbelipresentlagi #abglove #abgpeluhjap #abgajekeygselalulambat #abgromantikcaratersendiri #abgisAdamSheisHawa #abgrisaudiamintakapa #abgsayangsampaipakaishawl #abgtaknakkorangwishtoday #abganniversary3rd #abgpenathashtagbanyak #abgcantstop (@diyanahalik @diyanahalikcom)

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Hendak gemuk atau bina badan, biarlah saya selesa dengan cara tersendiri,” katanya kepada BH Online.

Foto: IG

Aaron mengaku berat badannya mulai naik tahun ini  walaupun mengamalkan diet dan menjaga pemakanan apatah lagi  dia kini  tidak boleh lagi melakukan senaman intensif di gimnasium seperti dahulu berikutan penyak1t sar4f yang dihidapi sejak lima tahun lalu.

Aaron mengatakan berat badannya naik mendadak berikutan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil untuk meredakan kesak1tan dialaminya.

Bagaimanapun, dengan penyakt sar4f dialami ini, tersalah angkat guni beras pun akan memberi kesan dan kesaktan selama empat hingga lima bulan,” akui Aaron lagi.

Apabila berbicara mengenai tawaran berlakon, Aaron mengakui dia terpaksa menolak atau mempertimbangkan sesetengah job sejak akhir-akhir ini berikutan waktunya yang kurang sesuai.

Katanya, dia kini lebih banyak memberi tumpuan kepada dunia perniagaan dan mahu memperkukuhkan kempen kebajikan Journey To Insyirah kelolaannya dengan kerjasama TopKhat.

Tambahnya, memandangkan dia  sudah pun berkecimpung dalam industri seni selama 20 tahun dan telah merasa semua nikmat sepanjang tempoh  penglibatannya, populariti bukan lagi menjadi keutamaannya dan kini dia mahu mengejar saham untuk akhir4t setelah dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : – CARI via KHALIFAH MEDIA

Be the first to comment on "“Saya Dah Malas Jaga Badan” – Puas Glamor, Aaron Aziz Nak Kejar Saham Akhir4t Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*