Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Nama Sebenar Penyanyi Remaja Kita. Sedap Belaka Namanya!

Tidak dinafikan, ada di antara nama komersial sesetengah artis kita jauh benar bezanya dengan nama sebenar mereka.

Jadi, kali ini MH dedahkan indentiti dan nama sebenar penyanyi barisan penyanyi muda kita ini. Check it out! 

1. Ismail Izzani

Namanya mula dikenali menerusi lagu Sabar, Ismail Izzani atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri memiliki keunikan suaranya tersendiri. 

2. Haqiem Rusly

Ridzuan Haqiem Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli terkenal dengan imejnya yang berkaca mata hitam. 

Popular dengan lagu Segalanya,Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang dan Jatuh Bangun, Haqiem antara penyanyi muda yang berada ‘on top’.

Mana tidaknya, baru setahun jagung dalam industri hiburan, dia telah merangkul banyk anugerah sejak awal terlibat dalam seni.

3. Naim daniel

Penglibatan karierrnya bermula sebagai seorang pelakon, namun Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhamad Naim Daniel Baharin mula menceburi bidang nyanyin dengan lagu pertamnya berjudul Sekali Lagi.

4. Ariff Bahran 

Ariff atau nama penuhnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari popular dengan lagu Kata Akhirmu. 

5. Sarah Suhairi 

Gadis bertudung ini merupakan penyanyi yang mula meningkat naik di Malaysia dan dikenali kerana lagu berjudul Pedih hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran. 

Dia yang dimaksudkan ialah Sarah Binti Suhairi.

6. Fieya julia

Nur Syafiyah binti Sejali berasal dari Sarawak. Popular dengan lagu Perasaanku yang kini sering diputarkan di corong-corong radio.

7. Andi Bernadee

Bakatnya dikesan selepas sering memuat naik video nyanyian di aplikasi Smule. Lagu pertama yang didendangkan ialah ‘Aku Bukan Abang Toyib’ yang mendapat perhatian ramai.

Dia yang dimaksudkan ialah Andi Azrul bin Andi Mapangile atau dikenali dengan nama Andi Bernadie.

8. Megat Rahim

Memiliki rupa paras yang kacak , Megat atau nama sebenarnya Megat Rahim popular dengan lagu Sinar. 

9. As’ad Motawh

Mula dikenali menerusi lagu Senyum, As’ad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh manjadikan Michael Jackson dan Justin Bieber sebagai idolanya.

10. Syafiq Farhain

Pemilik nama Nursyafiq Farhain bin A.M Salim merupakan anggota bomba dan penyelamat di cawangan Putrajaya.

Popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku, Syafiq  merupakan anak kepada penyanyi All@hyarham Saleem (Iklim).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Nama Sebenar Penyanyi Remaja Kita. Sedap Belaka Namanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*