Fad Bocey Dedahkan Apa Yang Terjadi Sebelum Yoe Parey Jadi Artis Jemputan. Dia Sendiri Pun Tak Sangka

Nama Yoe parey, Syahmi Sazli dan Asif memang bukan calang calang di media sosial samada di Facebook atau Youtube. Yoe dan Asif adalah ‘istimewa’ tetapi Allah SWT telah kurniakan mereka bakat yang tak semua orang ada.

Naiknya nama Yoe dan Asif pada drama spontan dan ketika itu satu malaya mengenali mereka. Umpama selebriti, kemana sahaja mereka pergi pasti akan ada peminat yang datang untuk bertemu sambil bergambar (selfie).

Tidak pernah sekali pun mereka tidak melayan peminat, malahan Asif pernah berkata bahawa dia suka terutama apabila ada sesiapa yang ajak dia selfie.

Tetamu Jemputan Maharaja Lawak Mega untuk Kumpulan Bocey

Kehadiran Yoe Parey ketika persembahan kedua kumpulan Bocey di MaharajaLawak Mega menggamatkan dewan dan seluruh penonton di kaca TV. Dengan membawa watak King yang diambil dari filem KL Gangster memang kelakar.

Walaupun apa yang dirancang tidak menjadi 100%, tetapi itu lah Yoe Parey. Spontan memang kekuatan dia. Tapi ramai tidak tahu apa terjadi sebelum Yoe naik ke pentas.

Fad Bocey menceritakan tentang kerisauan mereka kerana tidak cukup masa untuk mencari chemistry antara Bocey dan Yoe Parey dan tidak cukup masa untuk berlatih terutama menghafal dialog.

Assalammualaikum,syukur Alhamdulillah kami layak ke separuh akhir,diizin Allah semalam dapat perform bersama insan yg sgt istimewa @yoe_parey ,walaupon dapat buat latihan tak lama tapi yoe mmg dikurniakan kelebihan aura dan bakat,terus terang sy rindu dah kat yoe terima kasih buat @syahmisazli dan @anissafaizul kerana bawa mereka kesini dan izinkan utk bersama kami di atas pentas #maharajalawakmega2019 ,kalau ada rezeki kite kerje dengan @asifsuhaimi02 pulak dehhh..Insyaallah,terima kasih sekali – Fad Bocey

Tapi memang tertulis rezeki, apabila persembahan mereka dinobatkan sebagai persembahan terbaik. Wang berjumlah RM1000 dimenangi kumpulan Bocey tetapi mereka memberinya kepada Yoe Parey. Rezeki Alhamdullilah ..

Keajaiban… setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaan.. mereka ibarat keluarga baru… dengan persetujuan kami bertiga.. kemenangan malam itu kami serahkan kepada mereka sebagai penghargaan yang tak terbalas – Abam Bocey

Tahniah kepada kumpulan Bocey dan terima kasih kepada Yoe Parey kerana buat satu Malaysia ketawa. Daripada yang tidak kenal siapa Yoe Parey, sekarang semua orang kenal.

VIDEO:

Sumber: Kisah People Nowdays / awatttsyeikhh.com

Be the first to comment on "Fad Bocey Dedahkan Apa Yang Terjadi Sebelum Yoe Parey Jadi Artis Jemputan. Dia Sendiri Pun Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*