“Tahu-Tahu Sampai Masa Dia,” Dengan Hanya Sekali Lafaz, King Afiq Selamat Bergelar Suami, Tahniah

Tahniah diucapkan buat bintang media sosial yang juga merupakan usahawan muda, King Afiq telah selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz bersama pasangan yang dikenali sebagai Zainab.

King Afiq atau nama sebenarnya, Ameerul Afiq berkongsi berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz buah hati saya sah menjadi isteri buat saya. Doakan kebahagiaan buat kami berdua.

“I love you @zainab.zainabb , and thank you everyone for your warm wishes,” tulisnya.

Tambah King Afiq lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kebahagiannya bersama isteri tercinta.

Melihat di ruangan komen, rata-rata sahabat dan juga rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru itu.

Malah, ada juga segelintir pihak yang dilihat agak terkejut mendengar perkhabaran gembira tersebut.

Dalam pada itu, King Afiq turut berkongsi beberapa foto yang merupakan momen sebelum akad nikah di IG Stories miliknya.

Apapun, kami daripada team  turut ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kalian dan semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: VIRAL KAMI PRESS

Be the first to comment on "“Tahu-Tahu Sampai Masa Dia,” Dengan Hanya Sekali Lafaz, King Afiq Selamat Bergelar Suami, Tahniah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*