Penyanyi Siti Sarah Raisudin meluahkan rasa kec3wanya apabila masih ada segelintir pihak yang masih mengh1na dan meng3cam bentuk fizikal seseorang.
Menerusi satu posting di Instagramnya, Siti Sarah memberitahu dia juga pernah terpalit dengan 1su tersebut, malah sudah menanggung pender1taan itu lebih 30 tahun.
“Tadi ternampak Siti Nordiana bercakap pasal body shaming. Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.
“Jauh di sudut hati saya dah tak boleh hadam benda ni sebab dah lebih dari 30 tahun. Hidung, hidung dan hidung.
“Nak saya tukar hidung ke baru tak h1na saya? Bagi tahu dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi saya hidung ni,” katanya.
Jelas Siti Sarah lagi segala kutukan tentang hidungnya itu juga dibaca oleh ahli keluarganya.
“Untuk pengetahuan awak, kutvkan hidung tu satu keluarga saya baca, suami dan anak-anak.
“Orang sekarang ni dah terlalu teruk bab mengutuk fizikal orang. Terlalu ramai orang yang macam saya diluar sana mender1ta sebab kene kutvk dengan orang yang macam ni,” katanya.
Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata pengikut Siti Sarah dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya.
Kebanyakan mereka meminta supaya Siti Sarah bersabar dan mengendahkan kutukan berkenaan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Dah Allah Bagi, Nak Saya Tukar Ke Baru Tak H1na Saya” – Gara-Gara Hidung, Siti Sarah Terpaksa Tanggung Derita 30 Tahun!"