Anak terkejut jumpa ‘duit balut’ ketika tolong bapa kira sumbangan tabung masjid – “Memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni”

“TANGANkanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu.”

Ia bermaksud sesuatu perbuatan atau amalan yang dilakukan tidak ditunjukkan kepada orang lain untuk mengelakkan daripada timbulnya rasa r1yak.

Ungkapan tersebut sesuai untuk menggambarkan situasi yang dikongsi oleh seorang pengguna di laman sosial Facebook.

Menerusi perkongsian itu, pengguna tersebut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan longgokan kepingan wang kertas sumbangan orang ramai yang dikeluarkan dari tabung masjid untuk dikira.

Menurut pengguna itu, dia menolong bapanya mengira duit tabung masjid hasil sedekah para jemaah, sebelum terjumpa sesuatu yang tidak disangka.

Posting yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook mengenai wang yang disumbangkan oleh seorang jemaah ‘m1steri’. 

“Selepas Solat Jumaat tadi, aku tolong abah kira duit tabung jumaat masjid. Sedang mengira-ngira itu, aku terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1. Aku kata pada abah, ada juga yang balut macam ni kan bah?.

“Abah kata, memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni… RM11, dengan duit RM10 mesti dia gulung dengan duit RM1… jadi duit RM1 saja yang nampak.

“Aku terfikir, mungkin penderma ni cuba elak agar dirinya tidak menjadi atau berasa riyak,” tulis pengguna tersebut.

Perkongsian pengguna tersebut mendapat reaksi yang positif daripada netizen, dengan rata-ratanya memuji pendekatan jemaah berkenaan yang disifatkan tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Komen netizen yang rata-ratanya memuji cara jemaah ‘m1steri’ menderma yang dianggap enggan menunjuk-nunjuk. 

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi yang sama.

“Pernah hamba Allah gulung duit RM100 sekeping kecil-kecil waktu sedekah. Mujur tak terkoyak duit tu,” tulis seorang pelayar.

Bagaimanapun, ada netizen berpendapat, sebanyak mana pun jumlah derma atau sumbangan, ia tetap bergantung dengan niat.

“Derma sikit atau banyak sama banyak ja pahala. Kau derma RM100, aku derma 10 sen sama ja. Yang penting niat kena betul ikhlas. Kalau ada duit berjuta-juta pun dah nak derma RM1 dengan seikhlas hati tetap dapat sama besar pahala dengan yang derma RM100,” komen seorang pelayar pula. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Anak terkejut jumpa ‘duit balut’ ketika tolong bapa kira sumbangan tabung masjid – “Memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*