Gelagat Ain Edruce Ketakvtan Dikejar ‘Ustaz Madi’ Cuit Hati Penonton

Saban hari sitkom J.K.K yang berlatarbelakangkan Kampung Kalut semakin mendapat perhatian ramai. Menyaksikan tetamu jemputan berbeza-beza setiap minggu, kehadiran mereka ini membuatkan sitkom tersebut bertambah meriah. Terbaru, gelagat Ain Edruce dikejar ‘Ustaz Madi’ dalam rancangan ini membuatkan ramai terhibur.

Mungkin ramai yang sudah mengetahu, perangai Ain Edruce yang sememangnya ‘crack’ itu. Lakonannya dalam rancangan ini cukup bersahaja dan seolah memaparkan dirinya yang sebenar.

Namun dalam satu episod terbaru yang memaparkan Azhan Rani atau lebih terkenal dengan nama watak ‘Ustaz Madi’ membuatkan Kampung Kalut lebih huru-hara dari sebelumnya.

Dalam episod itu, ada satu babak yang mana Azhan Rani yang memegang watak ‘penunggang agama’ tersebut telah dicab@r oleh Shuk untuk menyanyi. Azhan Rani yang menyahut cabaran itu terus menyanyi sambil mengejar Ain Edruce.

Gelagat Ain Edruce dikejar Ustaz Madi itu sememangnya nampak benar dan telah membuatkan ramai tertawa.

Babak ini juga telah meraih perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Malah Ain Edruce sendiri turut meluahkan perasaannya seperti berikut:

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Aku tengok J.K.K ni part paling lawak. Kesian Ain. Nampak sangat takutnye”

“Takpa larian awan nano memang macam tu”

“Masalahnya yang Isey ngn Shuk pun takut2 sekali tu kenapa”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ain Edruce via VIRAL KAMI PRESS

Be the first to comment on "Gelagat Ain Edruce Ketakvtan Dikejar ‘Ustaz Madi’ Cuit Hati Penonton"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*