“Walaupun Dah Ada Bukaan Tapi Masih Belum ..” – Shahida Kongsi Pengalaman Bersalin Kali Ke-5

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman melahirkan anak kelimanya, Raudhah Arshiyah pada 19 Disember lalu. 

Menurut Shahida, walaupun bersalin anak bongsunya namun dia tetap tidak dapat mengelakkan dirinya untuk berasa takut.

“Mungkin dah masuk 5 kali bersalin tidak sesukar seperti yang awal-awal. 

“Walaupun dah ada bukaan tapi masih belum rasa kontraksi kuat untuk bersalin. 

“Sejujurnya saya rasa takut juga nak bersalin sebab macam baru je sakit nak bersalin @yusoffalqardawi_terlajaklaris teringat-ingat,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagramnya beserta foto ‘throwback’ ketika sedang hamil enam bulan.

Jelas Shahida urusannya untuk bersalin telah dipermudahkan kerana hanya mengambil masa selama 51 minit.

“Tapi kali ni dipermudahkan start sakit jam 4.00 petang jam 4.51 dah selamat bersalin.

“Terima kasih @aliffsyukriterlajaklaris temankan dalam bilik bersalin walaupun dia siap tertido kat dalam bilik bersalin tu.

“Bosan dia tunggu saya asyik tanya je dah sakit ke belum? 

“Bila baby nak keluar? Pukul berapa? Manalah kita tahu pukul berapa dia nak keluarkan,” tulisnya lagi.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat, Ameena.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kenangan mengerjakan haji dengan ditemani baby Raudhah ketika 6 bulan dalam kandungan……Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sehingga selesai mengerjakan rukun haji…… . Mungkin dah masuk 5 kali bersalin tidak sesukar seperti yg awal2……walaupun dah ada bukaan tapi masih belum rasa kontraksi kuat utk bersalin…sejujurnya saya rasa takut juga nak bersalin sebab mmc baru je sakit nak bersalin @yusoffalqardawi_terlajaklaris teringat2…..tapi kali ni dipermudahkan start sakit jam 4.00 petang jam 4.51 dah selamat bersalin..tq @aliffsyukriterlajaklaris temankan dalam bilik bersalin walaupun dia siap tertido kat dalam bilik bersalin tu..bosan dia tunggu saya asyik tanya je dah sakit ke belum? bila baby nak keluar? pukul berapa? manalah kita tahu pukul berapa dia nak keluarkan😆😆 . x caya swipe sebelah🤣🤣 .

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Walaupun Dah Ada Bukaan Tapi Masih Belum ..” – Shahida Kongsi Pengalaman Bersalin Kali Ke-5"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*