Ramai suka dengan watak baru Ayda Jebat, Cindai bikin ramai ‘hati tisu’!

Setelah ramai peminat drama tempatan menantikan drama terbaru lakonan Ayda Jebat, akhirnya mereka dapat menyaksikan drama siri terbaru bertajuk Cindai di TV3.

Drama terbitan daripada JS Pictures ini bersiaran sejak 23 Disember lalu dan dibintangi oleh Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman dan ramai lagi.

Bagaimanapun, baru saja satu episod ditayangkan ianya sudah membuatkan penonton menitiskan air mata dengan watak terbaru Ayda Jebat sebagai Cindai.

Menerusi sumber, drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang mengidapi bipolar disorder bernama Cindai. Dia juga merupakan seorang gelandangan kerana tidak memiliki saudara yang boleh ditumpang.

Bagamanapun, disisinya sentiasa ditemani serta dijaga oleh Amir selain dia juga setia bersama Cindai dan ada ketika susah dan senang.

Apapun, watak Cindai dilakonkan oleh selebriti ini mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini kerana perwatakkan yang cukup memberikan kesan kepada penonton.

Apatah lagi, mereka turut emosi dan menangis dengan dugaan yang perlu dihadapi watak terbabit dan lakonan penyanyi dan pelakon ini mendapat respon luar biasa penonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😢 . Ingat lepas keluar asrama anak yatim boleh bebas hidup aman. Lelaki pukul perempuan? Takpayah buat-buat terkejut la bro, memang selalu jadi pun. Kan? Nak video Cindai kena belasah tak? Sanggup? 😕 . Swipe left untuk trending semalam. 15K tweet sebab ramai geram dengan budak-budak kecik yang buli Cindai. Thank you! Today tengok Episod 3, 10 malam di @tv3malaysia & tweet lagi. Yang terlepas boleh tengok kat Youtube. . #AydaJebat #Cindai #CindaiReihana #BetterThanYou #JSPictures #AJScreamer #KuIdamkanBahagiaKuPendamkanDuka

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Menjenguk pula keruangan komen posting Ayda Jebat, ternyata rata-rata memberikan respon luar biasa sebagai penonton yang turut mengikuti drama terbaru ini.

Ayda! Husband kita suka gila character Cindai ni

 

 

Best giler drama ni.. sedih

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ayda Jebat, TV3 Malaysia via HCL

Be the first to comment on "Ramai suka dengan watak baru Ayda Jebat, Cindai bikin ramai ‘hati tisu’!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*