Tunai Umrah Bersama Isteri, Pereka Fesyen Rizman Nordin Buka Peluang Sampaikan Doa Netizen

Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dijadualkan akan menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah hari ini.

Istimewanya lagi, pemergian Rizman, 35, turut ditemani isteri tercinta, Nurida Suraya, 30 tahun.

Rizman yang sinomin dengan jenama Rizman Ruzaini berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) miliknya.

“Assalamualaikum, Insya-Allah saya dan isteri akan berangkat untuk mengerjakan umrah hari ini. Kami mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan kami pada semua,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum wbt, InshaAllah sy dan isteri akan berangkat untuk mengerjakan umrah hari ini, kami mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan kami pada semua. Doakan ibadah kami Di permudahkan disana InshaAllah. Jika ada doa yang nak dikirimkan, boleh nyatakan di comment. InshaAllah kami akan doakan nanti disana.

A post shared by rizman nordin (@rizman.n) on

Di kesempatan itu juga, Rizman turut memohon doa pengikutnya agar perjalanan Ibadah mereka berdua dipermudahkan.

Malah, Rizman turut membuka peluang kepada pengikutnya mengirimkan doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah kelak.

“Doakan ibadah kami dipermudahkan di sana Insya-Allah. Jika ada doa yang nak dikirimkan, boleh nyatakan di ruangan komen. Insya-Allah kami akan doakan nanti di sana,” ujarnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa agar mereka dimurahkan rezeki, dipanjang umur serta diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana pada suatu hari nanti.

Tidak kurang juga ada yang memohon doa untuk mendapat jodoh serta dikurniakan zuriat

Di samping itu juga, ramai rakan selebriti dan teman seperjuangannya yang mendoakan pemergian Rizman dan isterinya ke tanah suci sentiasa selamat serta mendapat umrah yang mabrur.

Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 13 September 2019 di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tunai Umrah Bersama Isteri, Pereka Fesyen Rizman Nordin Buka Peluang Sampaikan Doa Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*