Did@kwa Tolak Permintaan Peminat Untuk Bergambar, Ini Penjelasan Fasha Sandha

Aktres jelita Fasha Sandha tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengatakan dirinya sombong untuk bergambar dengan seorang peminat yang bernama Siti Sara.

Tegas Fasha populariti bukan kepentingannya kerana keselamatan dirinya serta anak-anak perlu diutamakan.

“Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan posting ni dibuat oleh Siti Sara di Facebook (mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat)

“Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.

“First of all, terima kasih Siti Sara di atas posting ini.

“Ingin saya jelaskan di sini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak-anak bukan undi anugerah.

“Ingin saya jelaskan di sini ya, ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini, demi keselamatan saya dan anak-anak.

“Peminat yang tak faham tentang saya, sila hadam jawapan saya jangan ganggu saya ketika :

1. “Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat saya, kerana tanggungjawab menjaga anak ni bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh hilang!

2. “Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan, sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.

3. “Di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak.

4. “Ketika saya sedang mengadap rezeki makan dengan keluarga saya.

“Ingat ya, selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya sebagai ibu dan isteri adalah nombor satu,” tulisnya.

Fasha berkongsi di Instagram (IG)nya beserta ‘screenshot’ bukti yang ditulis oleh Sara.

Dalam pada itu, Fasha menyatakan artis bukan milik masyarakat sepenuhnya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz turut berpesan supaya menjadi seorang peminat yang bijak dalam mengikut kesesuaian masa.

“Artis bukan milik masyarakat, kami milik Allah dan keluarga kami.

“Jadilah peminat yang bijak, tengoklah masa sesuai nak minta selfie, orang lain beribu-ribu dapat je berselfie dengan saya.

“Masa awak mintak ni tak kena masa, lepas tu nak viral burukkan artis.

“Hina muka saya, hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar. Sejujurnya awak telah fitnah saya.

“Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap.

“Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. Lilahi Taala.

“Apapun terima kasih. Saya harap penjelasan ini jelas, dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak bergambar dengan artis terutama artis yang dah ada ramai anak. Jadilah peminat yang bijak. Terima kasih @wlfs4eva,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat) . Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH 😊 Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA,SILA HADAM JAWAPAN SAYA Jangan GANGGU SAYA KETIKA 1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG! 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut 3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2 4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA Ingat ya ,SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI. Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. 😊 Apa masalahnya kalau saya pakai selipar 😊😇 Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA. Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA 😊 Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK Terima kasih. @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Did@kwa Tolak Permintaan Peminat Untuk Bergambar, Ini Penjelasan Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*