Tak Pvas Hatl GV6 Ada Dua Juara”Bersihkan Hatl Dulu” Kata Tok Ram

Gegar Vaganza Musim Keenam (GV6) mencatat sejarah industri muzik tanah air yang menyaksikan dua peserta dinobatkan sebagai juara.

Naqiu Boboy dan Hady Mirza mengumpul markah sama iaitu sebanyak 87 peratus selepas diadili ketiga-tiga juri dan menjadi juara bersama dalam program realiti TV terbitan Astro itu.

Ketua juri GV6 Datuk Ramli MS mendapat tekanan dari wartawan dan netizen di atas keputusan yang dibuat.

Menolak d@kwaan sengaja mencetuskan kontroversi di atas keputusan yang dibuat, menurut Ramli atau Tok Ram, ia adalah keputusan yang adil dan muktamad.

Memetik laporan Murai.my, ketika Tok Ram ditemu bual bersama F8Buzz malam tadi, beliau berkata, keputusan tersebut telah pun mendapat persetujuan dari ketiga-tiga juri iaitu, Datuk Rizalman, Hetty Koes Endang dan pihak pengurusan.

“Mungkin komen negat1f daripada pihak yang tak berpuas hati itu mahukan peserta yang digemari menduduki tempat teratas.

“Pada saya tidak ada kontroversi, kedua-dua mereka layak mendapat tempat teratas. Malah, pihak Astro sendiri berbesar hati menambah jumlah wang kemenangan pada saat akhir,”tegasnya.

Tok Ram turut menafikan keputusan ini sudah dirancang.

“Ia memang tidak pernah dirancang, kadang-kadang rezeki orang tu, kita tak tahu! Ia terjadi on the spot!

“Yang menjadi masalah sekarang, ramai tak puas hati sebab mahu lihat Naqiu menjadi juara dan Hady di tempat kedua.

“Mungkin sebahagian daripada mereka mahu lihat Naqiu tewas dan Hady dinobatkan menjadi juara.

“Kedua-dua mereka dah menjadi juara, apa yang mereka mahukan lagi?

“Saya rasa mereka yang tak berpuas hati dengan keputusan ini lebih baik bersihkan hati tu dulu,” katanya.

Fuh! GV6 memang penuh dengan kejutan sejak dari awal lagi kan. Mula-mula dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu. Kemudian ada dua juara pula.

Apapun, sudah tersurat juara GV6 milik Naqiu dan Hady. Rezeki mereka berdua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: CARI via VIRAL KAMI PRESS

Be the first to comment on "Tak Pvas Hatl GV6 Ada Dua Juara”Bersihkan Hatl Dulu” Kata Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*