‘Pr@nk’ Hadiahkan Pisang, Tapi Reaksi Anak Ini Sebaliknya Pula…

Reaksi dan pandangan kanak-kanak kepada sesuatu perkara pastinya berbeza sama sekali dengan orang dewasa. Ini terbukti apabila niat seorang bapa yang mahu prank hadiahkan pisang kepada anaknya gagal. Tapi kenapa pula tidak menjadi misi mahu kenakan si anak ini?

Baru-baru ini tular di sosial media dengan rakaman seorang kanak-kanak yang gembira bila menerima hadiah. Dalam rakaman itu menyaksikan kanak-kanak yang masih kecil itu sedang membuka balutan hadiah tersebut dengan teruja sekali.

Namun apabila dibuka, dia melihat ada pisang di dalamnya. Ini membuatkan dia lebih teruja. Biarpun begitu, menerusi kapsyen yang ditulis sebenarnya si bapa mahu kenakan kanak-kanak tersebut.

Prank hadiahkan pisang itu nampaknya gagal apabila anaknya nampak lebih gembira bila nampak isi di dalam balutan hadiah tersebut. Difahamkan juga hadiah tersebut adalah bersempena sambutan Krismas.

Berikut adalah video yang memaparkan reaksi cukup berharga buat kanak-kanak ini:

 

Video tersebut meraih lebih 23.1 juta tontonan dan 401,200 retweets serta 1.5 juta likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen selepas menonton rakaman ini seperti berikut:

“Baiklah, baik korang bagi hadiah yang sebenar dekat dia sekarang”

“Too cute!”

“Dalam fikiran anak-anak sangat berharga dan indah…”

“Ini sepatutnya bagaimana perayan hari Natal diraikan. Gembira dengan setiap pemberian hadiah..”

“Kanak-kanak ini adalah yang paling sopan, baik dan comel sekali pernah saya lihat..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter via HCL:

Be the first to comment on "‘Pr@nk’ Hadiahkan Pisang, Tapi Reaksi Anak Ini Sebaliknya Pula…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*