“Mesti Ada 1 Kumpulan Datang Menyanyi Depan Rumah…”- Sambut Krismas, Mark Adam Pulang Ke Filipina

Penyanyi dan pelakon Mark Adam kini berada di negara asalnya, Filipina untuk menyambut perayaan Krismas bersama keluarganya di sana.

Menceritakan pengalaman menyambut perayaan hari natal di kampung halamannya, Mark memberitahu dia sekeluarga pasti didatangi sekumpulan orang yang akan menyanyikan lagu krismas untuk mereka.

Menurut Mark, dia juga pernah melakukan perkara yang sama ketika zaman kanak-kanak.

“Biasanya di Filipina kalau Christmas mesti ada satu kumpulan datang untuk menyanyi di depan rumah.

“Dulu pun saya buat yang sama masa saya kecil bersama sahabat-sahabat

“Syukur Alhamdulillah tahun ni ibu lah paling gembira,” tulisnya.

Mark berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram(IG) miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Biasa nya di filipina kalau Christmas mesti ada bekumpulan datang untuk menyanyi kat depan rumah, dulu pun saya buat yang sama masa saya kecil bersama sahabat2 🙏🙏🙏 . Syukur Alhamdulillah tahun ni Ibu lah paling gembira 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat video sekumpulan penyanyi menyanyikan lagu Krismas di hadapan rumahnya sambil diperhatikan bersama isterinya, Norazah Redzuan.

Sementara itu, menerusi akaun IG isterinya pula memuat naik foto mereka sekeluarga memakai baju berona putih menyambut perayaan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My big family..Merry Christmas everyone…🎄

A post shared by Ezan Marzan Echivarre (@ezzpowers) on

Mark memeluk Islam selepas mendirikan rumah tangga dengan isterinya sejak 16 tahun lalu. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Mesti Ada 1 Kumpulan Datang Menyanyi Depan Rumah…”- Sambut Krismas, Mark Adam Pulang Ke Filipina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*