Kerja kutip samp@h berjam2 sehari, bangga dapat hantar anak ke universiti.

Berbau busvk dan kot0r tidak dihiraukan. Malah Ismail Ahmad, Nor Hamdan Mat dan Mohd Asri Yusoff nekad bekerja sebagai pengutip samp4h sehingga mampu melanjutkan pengajian anak-anak ke universiti.

Mereka yang bekerja bagi Alam Flora selama lapan jam serta dua kali sehari itu perlu melakukan pembersihan di lorong belakang dan tepi jalan sekitar Kuala Lumpur.

Bagi Ismail, 59, bapa kepada empat anak itu bersyukur setelah hasil titik peluhnya selama ini mampu menanggung ahli keluarga dan memberi pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.

“Tiga anak saya belajar di universiti,” katanya dengan bangga.

Hamdan pula berkata, dia tidak mengambil kisah jenis pekerjaan apatah lagi syarikat tersebut menawarkan kerja stabil dan mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

“Kerja ini bukannya ter0k sangat dan ia bukan kerja tidak berm4ruah, ia masih pendapatan halal.” ujarnya.

Selain itu, Asri yang bertugas sebagai pemandu lori samp@h akan turun membantu rakan sekerja bagi mengutip samp4h sekiranya diperlukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : FMT News via MEDIA VIRAL

Be the first to comment on "Kerja kutip samp@h berjam2 sehari, bangga dapat hantar anak ke universiti."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*