Ini Yang Akan Dibuat Oleh Naqiu Dengan Hadiah Wang Tunai Selepas Memenangi Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019)

Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy mahu berkongsi separuh daripada hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang dimenanginya bersama rumah anak-anak yatim.

Menurut Naqiu, niat untuk bersedekah sudah mula terdetik semasa namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir GV2019. “Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.

“Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” jelas Naqiu kepada Gempak. Naqiu ditemui selepas diumumkan juara bersama Hady Mirza di konsert akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Masih belum mengenal pasti rumah anak-anak yatim mana yang akan dituju, pastinya Naqiu tidak tertumpu pada sebuah rumah sahaja.

Selain hadiah wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, Naqiu turut membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST.

Selain itu, Naqiu juga menerima hadiah penginapan dua hari satu malam di bilik Executive Suite, Hotel Tenara Bandar Baru Bangi dan trofi GV2019. Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza. 

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia. GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

PEMENANG GEGAR VAGANZA 2019

Tahniah diucapkan kepada Naqiu dan Hady Mirza. Masing masing akan bawa balik RM100k . Sememangnya mereka layak bergelar juara. Memang sengit antara Naqiu dan Hady Mirza. Dua dua memang hebat dan dua dua adalah Juara.

Memang lain dari yang lain dan tak pernah lagi berlaku di sejarah Gegar Vaganza tetapi tahun ini terjadi. Tahniah kepada semua.

Untuk pemenang juara tidak dapat keseorangan kerana kedua dua menampilkan persembahan terbaik. mungkin ini sebab kenapa akan ada juara bersama kerana kedua dua sengit bersaingan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: APPLE HIJAU

Be the first to comment on "Ini Yang Akan Dibuat Oleh Naqiu Dengan Hadiah Wang Tunai Selepas Memenangi Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*