“Duit Kau Takkan Dapat Balik Tapi Itulah Pelajaran Dia ..” – Akan Lebih Berhati-Hati, Azhan Rani Pernah Dit1pu ‘Scammer’

Pelakon Azhan Rani mendedahkan dia telah menerima kiriman mesej dari sindiket penipuan, Macau Scam.

Menurut Azhan dia tidak membuat sebarang tempahan bilik di aplikasi tempahan hotel seperti mesej yang diterimanya.

Malah, jelas Azhan akaun bank yang dinyatakan oleh ‘scammer’ tersebut tidak pernah dimilikinya.

“Haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja.. Ni aku baru dapat message tadi. 

“Diaorang akan bagi satu message statement macam ni. Aku takde pun akaun Affin Bank dan aku takde buat mana-mana tempahan kat trivago pun.

“Trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu kau akan call number yang warna biru tu.. 

“Bila kau call diaorang akan buat macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau.. Maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau,” tulisnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, Azhan akui pernah terpedaya dengan pen1puan tersebut yang mengakibatkan dirinya kehilangan sejumlah wang.

“Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card CIMB yang aku tak pernah ada. 

“Tapi masa tu aku b0doh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. Buat report berjam-jam sampai dua balai polis aku kena pergi. 

“Last report sampai 6 helai sudahnya setakat legakan hati aku je. Duit kau takkan dapat balik tapi itulah pelajaran dia. 

“Tahun depan ni aku dah azam b0doh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. Sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja.. ni aku baru dapat message tadi. diaorang akan bagi satu message statement macam ni. aku takde pun akaun affin bank. dan aku takde buat mana2 tempahan kat trivago pun. trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu ko akan call number yang warna biru tu.. bila kau call diaorang akan buat2 macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau.. maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau. tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card cimb yang aku tak pernah ada. tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. buat report berjam2 sampai dua balai polis aku kena pergi. last report sampai 6 helai.. sudahnya setakat legakan hati aku je. duit kau takkan dapat balik. tapi itulah pelajaran dia. tahun depan ni aku dah azam bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Duit Kau Takkan Dapat Balik Tapi Itulah Pelajaran Dia ..” – Akan Lebih Berhati-Hati, Azhan Rani Pernah Dit1pu ‘Scammer’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*