Bercuti Ke Batam Indonesia 3 Hari 2 Malam Dengan Bajet Tak Sampai RM500..Naik Feri Je!

Ramai orang di luar sana pastinya mengimpikan untuk bercuti di luar negara sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Namun, pasti ada yang beranggapan bahawa kos untuk bercuti ke luar negara ini adalah agak mahal dan sedikit membebankan. Tanggapan itu mungkin boleh ditepis selepas ini apabila korang sebenarnya boleh bercuti di sebuah tempat di Indonesia dengan bajet kurang daripada RM500 seorang!

Apa kata korang baca perkongsian yang dibuat pengguna Facebook, Amira Othman ini tentang percutiannya ke Batam Indonesia baru-baru ini. Apa yang menariknya, dia pergi ke sana dengan hanya menaiki feri dan kos selama tiga hari dia berada di sana hanyalah RM441.60 sahaja. Best kan!

Naik feri ke Batam

Ramai orang nak berjalan dekat-dekat tapi nak bajet kan? Selain Hatyai, kita boleh pergi ke Batam, Indonesia. Tak payah susah-susah book flight mahal-mahal, naik feri je! Bajet pun kurang RM500 seorang.

Kami naik bas dari Muar ke Larkin Sentral. Tiket return RM34.20 (2 jam 45 minit). Sampai di Larkin Sentral kami naik Grab ke terminal feri di Berjaya Waterfront return jadi seorang RM10.

Tiket feri beli return lebih berbaloi dan murah dari kita beli sehala (RM131 return) 2 jam 15 minit. (Paling best tiket balik free time nak balik pukul berapa dan free seat so takde la tertinggal boat ke ape kan).

Boleh cek tiket di www.easybook.com.my

Day 1

Kami sampai dah tengah hari. Hujan gerimis mengundang pula tu. Itu yang gambar tak berapa nak cun kelabu asap je. Jadi kami ambil supir setengah hari IDR300k. Sebab senang ke sana sini malam baru check-in hotel.

Perut dah lapar, supir suggest lunch nasi padang di RM Arai Pinang IDR75k (harga boleh tahan, kami makan sikit je kot).

Jambatan Barelang (singkatan dari Batam, Rempang, dan Galang) adalah sekumpulan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau di Batam.

Tebing Langit entrance fee IDR10k (rm3) – sini macam ala-ala Jogja, kena panjat bukit tinggi-tinggi banyak tempat boleh bergambar, ada tikar gerbang IDR20k. Tahun baru ni dorang dah pindah ke tempat baru, jadi dorang buat baru dan cantik lagi la kot.

OYO 676 NASA Hotel (Rm160 2 malam, free breakfast) 2 pax

Hotel OYO 676 ni best, service pun ok. Turun je hotel nak pergi mana suka hati. Dekat dengan Indomart dan tempat makan local. Pilih je nak makan kedai mana harga pun murah dan makanan sedap-sedap. Memang puas hati.

Malam boleh jalan-jalan di Pasar Jodoh, Nagoya hill dan DC mall.

Day 2

Supir return hotel IDR250k.

Untuk ke Bintan Island, kami perlu naik feri di Telaga Punggur. Kami cek Grab dalam 114k so pergi balik da 228k jadi kami decide ambil supir juga. Kalau supir, boleh singgah mana-mana kita nak pergi.

Jeti buka pukul 8 pagi. Feri return IDR40k, 1 jam. Kami naik speedboat (IDR 100k return) 20 minit.

Bintan Island (tiada Grab ye di Bintan Island ni). Supir Bintan Island IDR650k untuk 1 hari. Antara destinasi yang dituju ialah Trikora beach, Lagoi bay, Patung orang utan, Patung Hang Tuah, Gurun pasir, dan Telaga Biru Bintan (entrance fee 10k). Banyak lagi tempah boleh pergi macam Tanjung Pinang, Patung Seribu tapi tak sempat sehari duduk sana).

Balik jeti 5 petang waktu Indonesia. Kami minta supir hantar di DC mall jalan-jalan cari ole-ole, shopping-shopping beli perfume dan baju. DC mall dekat dengan hotel jadi kami balik jalan kaki sahaja. Balik makan malam dekat gerai-gerai local tepi hotel (240k/6 = IDR40k).

Day 3

Check-out, boleh la nak berjalan-jalan ke Nagoya Hill atau mana-mana mall. Supir hantar ke Batam Centre Point International Ferry Terminal IDR 70k (Feri pukul 1.15pm). Balik dikenakan cukai ya, seorang IDR100k (rm30).

Total bajet 3 hari 2 malam:

Tiket bas – RM34.20

Grab – RM10

Hotel – RM80

Feri Stulang Laut – RM131

Supir – IDR 210k

Makan- IDR185k

Entrance fee -IDR 20k

Feri Bintan Island – IDR100k

Cukai balik – IDR100k

Total = Rm441.60/pax tak termasuk shopping.

Antara pusat beli-belah yang boleh dikunjungi ialah Nagoya Hills Supermall, Mega Mall, Batam city square, Pasar Jodoh dan DC Mall. Kami pergi 6 orang jadi supir semua share 6 orang.

Siapa yang minat bergambar tu jangan risau  sebab setiap tempat ade photographer. Nak print gambar IDR20k. Kalau nak transfer gambar ke handphone bayar rm1.50 sahaja setiap 1 gambar. Bayar duit RM pon mereka terima ok. Plug di Batam sama macam Malaysia, 3 plug jadi tak perlu bawa international plug.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Facebook Amira Othman via OHBULAN

Be the first to comment on "Bercuti Ke Batam Indonesia 3 Hari 2 Malam Dengan Bajet Tak Sampai RM500..Naik Feri Je!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*