“Dia Langsung Tak Merungut Bila Dicomotkan…”-Beto Kusyairi Kagum Dengan Atiqah Hasiholan

Aktor Beto Kusyairi akui kagum dengan sikap professional pelakon Indonesia, Atiqah Hasiholan ketika bersama menjayakan penggambaran drama Sembilan.

Menurut Beto, Atiqah sedikit pun tidak merungut apabila wajah serta penampilannya dicomotkan demi menggalas watak sebagai isterinya bernama Rimbun.

“Atiqah seorang pelakon yang bijak dan cukup komited dengan keperluan wataknya. Dia juga seorang yang sangat profesional dan cukup mudah untuk bekerjasama.

“Saya cukup hormat apabila dia langsung tidak merungut bila terpaksa dicomotkan demi menepati watak.

“Begitu juga dengan pemeran-pemeran seberang yang lain. Masing-masing bekerja untuk naskah dan ini secara tidak langsung memberi ‘energy’ yang baik dalam menginspirasi antara satu sama lain.

“Kami juga banyak berkongsi pengalaman dan cerita-cerita di sebalik tabir yang tak jauh beza dengan industri di tempatan,” kata Beto kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ADIK MANAGEMENT @adik710

A post shared by atiqah hasiholan (@atiqahhasiholan) on

Drama bersiri Sembilan yang bersiaran secara eksklusif di Astro GO dibintangi oleh pelakon hebat Malaysia dan Indonesia.

Nama-nama hebat pelakon Malaysia yang membintangi Sembilan adalah Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali dan Luqman Hafidz, sementara bintang Indonesia yang terlibat adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten.

Sementara itu, Beto turut memberitahu Sembilan merupakan naskah yang tidak patut dilepaskan.

“Saya terima Sembilan ini kerana penulis skripnya Salman Aristo dan tenaga kerja hebat lain yang terlibat.

“Malah ia sebuah naskah yang boleh dikatakan solid segala segi dengan gabungan pelakon Malaysia Indonesia yang berkredibeliti dan punya persembahan yang bagus.

“Selain itu mereka mempunyai team belakang tabir yang cukup berpengalaman serta semua ini dinakhodai oleh pengarah yang bijak dan kreatif iaitu Razaisyam Rashid.

“Jadi, mana mungkin saya menolaknya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menurut satu survey yang #AstroGO buat kat Twitter, scene ni paling seram dalam #Sembil9n #SembilanGO #AstroGOExclusive Tolong komen tanda setuju/tak setuju

A post shared by Astro GO (@astrogo.my) on

Sembilan mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimbun (lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah.

Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel). Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh dan mengabaikannya.

Pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.

Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.

Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti sewaktu kehilangannya dahulu.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah.

Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan? Nantikan di Astro GO bermula 6 Disember ini.

Untuk menonton menerusi aplikasi Astro GO, pengguna iPhone boleh memuat turun aplikasi menerusi AppStore dan pengguna Android menerusi Playstore.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dia Langsung Tak Merungut Bila Dicomotkan…”-Beto Kusyairi Kagum Dengan Atiqah Hasiholan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*