“Bergaya Lah Puas-Puas, Sikit Tahun Lagi Pakai Tudung”-Pesan Wawa Zainal Pada Anak Perempuan

Pelakon Wawa Zainal terhibur melihat gelagat anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, yang sudah mula tahu bergaya mengikut citarasanya tersendiri.

Menurut Wawa, Hayla berbeza dengan anak lelakinya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, yang hanya bersederhana bila bergaya.

“Hasil dia shopping semalam (dalam gambar). Semua pilih sendiri termasuk warna kuku tu  buat sendiri…

“Cepatnya membesar, pandainya budak-budak zaman sekarang bergaya beza budak pompuan dgn budak laki.. 

“Hayla kalau pergi shopping mall semua benda nak beli. Kalau Attar 1 je cukup .. Fuhh tarik nafas ada dua anak pompuan dah,”tulisnya.

Isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya dengan gaya seperti seorang anak remaja.

Pun begitu, Wawa memberi kebebasan kepada anaknya untuk bergaya kerana sampai masa nanti dia mahu anaknya bertudung.

“Bergaya la puas-puas sekarang ya wahai anak, sikit tahun lagi pakai Tudung pula hehe,” katanya.

Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Ayya Soffya yang baru berusia sebulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Bergaya Lah Puas-Puas, Sikit Tahun Lagi Pakai Tudung”-Pesan Wawa Zainal Pada Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*