Lelaki Di Sebalik ‘Meme’ Popular Ini Men1nggal Dun1a, Rupanya Seorang Artis Komik Terkenal

Kami percaya bahawa setiap individu yang menggunakan internet dan media sosial pastinya pernah melihat wajah lelaki ini yang menjadi meme popular di seluruh dunia.

Namun begitu, Lelaki yang bernama Gerry Alanguilan ini telah men1nggal dun1a semalam (20 Disember) disebabkan oleh penyak1t yang tidak didedahkan.

Kematiannya disahkan dan diumumkan oleh isterinya, Ilyn Alanguilan di Facebook, kata Newsarama. Lelaki Filipina yang berusia 51 tahun ini bukanlah sekadar seorang lelaki biasa. Namun, dia adalah seorang artis buku komik yang telah bekerja untuk Wetworks, X-Men, Superman: Birthright, Wolverine, dan sebagainya. Ramai orang mungkin tidak tahu tentang perkara ini, tetapi dia bekerja sebagai inker untuk buku komik yang disebutkan di atas.

Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski turut meluahkan kesedihannya melalui akaun Twitter beliau. Beliau mengatakan Gerry Alanguilan merupakan seorang penulis dan inker yang mempunyai bakat menakjubkan dan masyarakat seni Filipina telah kehilangan seorang kawan dan wira mereka.

 

Gerry Alanguilan juga dikenali kerana ciptaan beliau, seperti Johnny Balbona, Humanis Rex!, ELMER, Timawa, dan Where Bold Star Goes to Die.

Pemerg1annya pastinya mengejutkan ramai pihak, dan kebanyakan daripada kita hanya mengenali beliau disebabkan meme sahaja tetapi beliau merupakan seorang artis komik yang berbakat besar.

Kenali kucing di sebalik ‘Meme’ yang tular di seluruh dunia ini di bawah. Klik pautan untuk bacaan lanjut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: VOCKET

Be the first to comment on "Lelaki Di Sebalik ‘Meme’ Popular Ini Men1nggal Dun1a, Rupanya Seorang Artis Komik Terkenal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*