Staf H0spital Ditvmbuk & Spek Dipijak, Apa Yang Dilakukannya Selepas Itu Harus Dipuji

Sebelum ini kita sering mendengar rungutan daripada orang awam mengenai servis yang diberikan kakitangan h0spital terutama lagi h0spital kerajaan. D@kwa mereka, servis yang diterima lambat, berat sebelah, kasar dan sebagainya. Namun, sebenarnya tolak ansur dan kesabaran menjadi kunci utama ketika menerima rawatan di h0spital lebih-lebih lagi zon kec3masan.

Seperti perkongsian Alzamani Mohammad Idrose ini, staf h0spital ditvmbuk dan dipijak kaca matanya kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Walaupun hati robek, staf tetap menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

‘Bila nak periksa saya?’

(Sekadar gambar hiasan)

Ditumbuk Pesakit : apa balasan staf?

Saya berasa amat hairan dengan nilai dan hatibudi sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan di h0spital. Bagi pesak1t-pesak1t asm@, pihak Jabatan Kec3masan menyediakan ‘laluan terus’ yang mana mereka akan diberikan keutamaan untuk terus mendapatkan gas ‘nebulizer’ apabila terkena serangan asma.

Seorang pesak1t asm@ yang datang dengan serangan asm@ diberikan tempat duduk dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas membancuh ubat lalu segera menyambungkan alat ‘nebulizer’ ke punca oksigen. Pesak1t berkenaan mendapat dos nebulizer yang penuh dan setelah selesai menunggu untuk diperiksa semula. Kebetulan PPP tersebut perlu menghantar seorang pesak1t dari zon asm@ ke zon merah kerana ses@k nafasnya agak teruk.

Pesak1t tersebut bertanya, “Bila nak periksa saya?”

Oleh kerana pesak1t yang satu lagi agak ten@t, PPP tersebut menjawab, “Sekejap, saya kena hantar pesak1t ke zon merah.”

“Berapa lama? Berapa minit? Berapa jam?” Dia tetap bertanya.

“Tunggu sekejap. Saya kena hantar pesakit.”

Kepala ditvmbuk

(Sekadar gambar hiasan)

Oleh kerana tidak mahu membuang masa dan memanjangkan risiko pesak1t yang perlu mendapat rawatan lanjut di zon merah, PPP berkenaan terus menghantarnya ke sana. Kira-kira 10 minit kemudian, dia kembali ke zon asma. Pesak1t yang menunggu tadi memandangnya dengan marah. Dia bangun lalu siku kirinya ‘mengunci’ leher PPP terbabit dan kepalanya ditvmbuk hingga bengkak dahinya. Tidak cukup dengan itu, cermin mata PPP terbabit dirampas lalu dia membuka kasutnya lalu mengh3ntak cermin mata hingga pecah.

Kejadian disaksikan oleh doktor termasuk pakar yang berada berhampiran. Ada juga seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam yang nampak dan dia membantu meleraikan PPP dari pesak1t tadi. Polis bantuan dipanggil dan apabila tiba, pesak1t tadi bercakap dengan bahasa yang lebih lembut dari lidah.

Laporan polis dibuat. Begitu juga borang insiden kegananasan. Setiap insiden keganasan diselia oleh unit keselamatan pekerja dan diangkat ke pengurusan termasuklah untuk t1ndakan und@ng-und@ng. Kali ini, semua butir m@ngsa ada dalam kad rawatan h0spital. Maka laporan polis berserta nama penuh pesak1t dibuat. Jadi sukar untuk peny@rang ‘melepaskan’ diri.

Hati jadi robek?

(Sekadar gambar hiasan)

Bagaimana staf kec3masan membalas perlakuan ini?

Dia diperiksa semula dan oleh kerana masih ada sisa ‘asm@’, gas nebulizer seterusnya diberikan dan dia dirawat hingga asm@nya pulih. Walaupun geram dan ibarat kata pakar yang menjadi saksi ‘hati menjadi robek’ melihatkan perlakuan ganas pesak1t itu, profesionalisme tetap dikekalkan sambil menahan marah dengan sabar. Bila ditanya samada PPP berkenaan ok, dia tenang dan berkata, “Saya ok doktor.”

Kad dibuka dan PPP tadi diperiksa dan semua kecederaannya didokumenkan. Ini juga akan menjadi bahan bukti di mahk@mah. Dia juga dirujuk kepada Pegawai Kaunseling kerana kami khuatir dia traum@tik terhadap insiden ini.

Pesak1t sedang disiasat oleh polis dan insiden ini adalah insiden jen@yah kerana meny3rang anggota awam. Kami pasti dia akan dikenakan tindakan und@ng-und@ng. Pada masa lalu, ‘peny3rang’ staf juga telah dihadapkan ke mahk@mah dan dikenakan tindakan.

Pihak pengurusan HKL amat serius memastikan kes kegan@san di tempat kerja diambil tindakan und@ng-und@ng. Sudah ada k3s yang did@kwa di mahk@mah dan peny3rang dikenakan tindakan und@ng-und@ng dengan bukti yang ada. Tambahan pula terdapat cctv di h0spital.

Ke manakah hilangnya nilai peribadi yang mulia di kalangan sesetengah orang? Terima kasih pun tidak kedengaran lagi.

Disambut kata-kata hina & carvt

(Sekadar gambar hiasan)

Malah pagi tadi semasa ‘grand round’ seorang pes@kit yang tangan dan lututnya luka telah diberikan rawatan tetapi apabila PPP saya datang hendak memberikan svntikan ubat tahan sak1t, ia disambut dengan kata-kata hina dan mencarvt kerana tidak cukup segera memberikan ubat tersebut.

“Encik kalau hendakkan rawatan sila tunjukkan hormat kepada staf saya. Kalau you tak hormat dia, you juga tak hormat saya. Dia datang nak tolong awak.”

“Ini bukan tolong! Ini kerja! Dapat gaji bukan?”

Benar kami dibayar gaji. Gaji yang sama hatta melihat jumlah pesak1t yang infiniti jumlahnya. Benar kami dibayar gaji tetapi ‘menjadi hamba abdi’ kepada pesak1t bukanlah dalam senarai tugas kami. Sebelum itupun, saya diberitahu, jururawat yang bertugas sudah menerima kata-katanya yang ‘indah’ tetapi mereka teruskan bekerja.

Bagaimana staf saya membalasnya? Suntikan ubat tahan sak1t tetap diberi. Saya mengulang memberitahunya bahawa kalau hendak dibantu untuk menunjukkan rasa hormat. Hati saya terbakar dan sekali lagi bertanya, “Di manakah hilang kemanusiaan dalam diri mereka?”

Saya tahu kami semua tidak mahu ‘turun’ ke taraf yang amat rendah seperti mereka. Maka kami teruskan memberi rawatan secara profesional. Walaupun ‘hati menjadi robek’, sekurang-kurangnya taraf peribadi kami tidak serendah mereka. Bukankah indah jika pesakit dan perawat saling hormat-menghormati dan saling faham-memahami dalam situasi kecemasan?

Dalam keadaan ‘robek hati’ ini, terubat juga melihat pesak1t lain yang menunjukkan hormat dan peribadi yang baik semasa rawatan diberi. Tentunya mereka ini mempunyai didikan yang baik dengan nilai peribadi yang mulia dan memudahkan rawatan diselesaikan dengan sempurna tanpa hati yang terluka. Harga diri manusia diukur bukan dari pangkat dan darjat tetapi dari nilai peribadi yang terlukis dari kata-kata dan perbuatan.

#alzainsights

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Alzamani Mohammad Idrose via OHBULAN

Be the first to comment on "Staf H0spital Ditvmbuk & Spek Dipijak, Apa Yang Dilakukannya Selepas Itu Harus Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*