Kini Sah Bergelar Isteri, Fara Hezel Langsung Majlis Persandingan Ala Kuning Di Raja!

Terukir senyuman kebahagiaan penyanyi, Fara Hezel yang kini sah bergelar isteri kepada usahawan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Difahamkan, pasangan ini telah mengadakan majlis persandingan iaitu di kediaman keluarga Fara di Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Menariknya, Fara dan suami kelihatan sangat secocok apabila memakai busana tradisional melayu yang berwarna kuning diraja ketika majlis persandingan itu berlangsung.</>

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#moments #candid #malaysiafhotografer #jurufoto #jurugambar #malaysiandesigner #fashionblogger #weddingfhotography #weddingfhoto #weddingku

A post shared by Yusri Ibrahim (@abgyusstudio) on

Kakak kepada penyanyi Aiman Tino, sah bergelar isteri kepada Kamal dan menerima wang mas kahwin sebanyak RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000.

Sekadar informasi, Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri mula mengenali Kamal yang menjalankan perniagaan sendiri, selain aktif menyanyi di sekitar Kuala Terengganu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Julai lalu yang diraikan secara sederhana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. 

Foto : Instagram Fara Hezel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "Kini Sah Bergelar Isteri, Fara Hezel Langsung Majlis Persandingan Ala Kuning Di Raja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*