‘Ibu Kata Sekejap Saja Dia Pergi ‘ – Anak M@ngsa M@ut Lima Sekeluarga Luah Rasa Sayu

Hajat lima sekeluarga ke kenduri aqiqah tidak kesampaian apabila kenderaan yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan buah. Difahamkan, kelima-lima m@ngsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi sedang berkonvoi bersama dua lagi kenderaan ke Shah Alam dari Kedah.

Menerusi Harian Metro, anak salah seorang m@ngsa Bashirah [email protected], Nurul Syafika seakan tidak percaya kehilangan ibu dan adik sekelip mata.

Ayah tiba-tiba menangis

Sangat terkejut dengan berita pemergian ibu, Bashirah [email protected] dan adik, Nur Shifa, Nurul Syafika memberitahu dia dimaklumkan bapa mengenai perkara ini pada jam 8 pagi.

Pagi tadi, ayah kejutkan saya jam 8 pagi dan beritahu emak serta adik terbabit dalam kem@langan sebelum ayah tiba-tiba menangis, barulah saya tahu mereka dah tiada.

Malah, sebelum berangkat ke Shah Alam, ibu sempat berpesan kepadanya supaya masak untuk ayah sepanjang ibu berada di Shah Alam. Ibu turut memintanya menjaga rumah dengan baik semasa ketiadaannya.

Saya tak sedap hati ketika arw@h emak dan adik (Nur Shifa Abdul Rashid) hendak men1nggalkan rumah kami di Gurun ke rumah tok (nenek) di sini.

Ketika itu saya sayu ketika adik dan emak bersalaman dengan saya selain melambai tangan ketika men1nggalkan rumah, tak sangka itu lambaian terakhir.

Arw@h kata pergi sekejap sahaja

Nurul Syafika yang ditemui wartawan Harian Metro di rumah neneknya di Kampung Ruat berkata ibu bersama ibu saudara sepakat untuk memasak sendiri pada majlis kenduri aqiqah tersebut.

Pada mulanya saya berat nak bagi emak ke sana tapi arw@h kata sekejap saja dia pergi dan pulang ke sini Isnin nanti tapi tak sangka ia berakhir dengan tragedi.

Sekarang tinggal saya dan dua beradik lain bersama ayah kerana ibu dan adik dah pergi buat selamanya.

Katanya lagi, dia tidak menyangka janji ibu untuk pergi sekejap sahaja berakhir dengan tr@gedi h1ba. Kini, yang tinggal hanyalah bapa dan dua lagi beradik lain.

Jen@zah lima bersaudara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, di sini awal pagi tadi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harian Metro via OHBULAN

Be the first to comment on "‘Ibu Kata Sekejap Saja Dia Pergi ‘ – Anak M@ngsa M@ut Lima Sekeluarga Luah Rasa Sayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*