Fitri Haris berkahwin kali keempat dengan pengurus sendiri – “Solat istikharah hanya nampak wajah dia”

SELEPAS lapan tahun menduda, juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris mengumumkan sudah bernikah dengan pengurusnya iaitu Fazilah Omar, 32, baru-baru ini.

Bagaimanapun Fitri, 35 berkata, dia dan isteri memilih untuk merahsiakan butiran mengenai majlis pernikahan mereka atas permintaan kedua-dua belah keluarga.

“Alhamdulillah, saya dan Fazilah sudah bernikah tapi tarikh dan lokasi itu biarlah kami rahsiakan sebab atas permintaan kedua-dua pihak keluarga.

“Apa yang saya boleh kongsikan adalah majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup baru-baru ini dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja,” kata Fitri kepada mStar.

Fitri ditemui ketika di majlis persandingannya dengan Fazilah yang diadakan di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Manakala majlis untuk peminat dan rakan selebriti akan diadakan di rumah kediaman Fitri di Semenyih, Selangor.

Fitri tidak menyangkakan Fazilah yang semalam ini menguruskan kerjayanya akan menjadi pasangan hidupnya.

Ogos lalu, Fitri pernah mengakui hatinya tertutup rapat untuk berkahwin semula dan tr4uma apabila memikirkan alam berumah tangga.

Fitri berkata, tidak terdetik langsung untuk berkahwin selepas tiga perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan percer4ian.

Dalam pada itu, Fitri memberitahu Fazilah mula menguruskan kerjayanya semenjak dia menyertai GGV2 pada 2018 namun ketika itu mereka hanya bekerja secara profesional.

Fitri berkata hati terbuka untuk kembali berumah tangga selepas membuat solat istikharah tiga bulan lalu sebelum membuat keputusan berkahwin.

“Sebenarnya saya dan dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan sebab kami bekerja secara profesional selama ini dan sudah seperti keluarga. Tak terfikir pun yang dia akan menjadi pasangan hidup saya.

“Selama ini saya buta sebab dia ada saja di depan mata saya dan menjaga saya dengan baik tapi tak nampak . Tapi ini semua aturan Allah.

Fitri bersama isteri dan anak-anak mereka.

“Selepas melakukan solat istikharah tiga bulan lalu, saya hanya nampak wajah dia saja. Selepas itu, saya terus hubungi keluarga untuk menghantar rombongan,” ujarnya.

Fitri sebelum ini memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercer4i dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua.

Kemudian dia bercer4i pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu.

Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan percer4ian.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.

Manakala, Fazilah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: KHALIFAH MEDIA

Be the first to comment on "Fitri Haris berkahwin kali keempat dengan pengurus sendiri – “Solat istikharah hanya nampak wajah dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*