“Dari Bulan Lepas Teman Awak Tidur Dalam Tandas ..” – Nadzmi Adhwa Seb@k Isteri Hamil Anak Sulung

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana kini disahkan hamil anak pertama. 

Kata Adhwa dia berasa terharu kerana tidak terfikir yang isterinya sedang berbadan dua.

“Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak. Tiba- tiba sekarang dapat tahu. 

“Seb@k sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi kemudian awak tidak mahu makan. 

“Dari bulan lepas teman awak tidur dalam tandas  sebab muntah teruk. 

“Ingatkan penyak1t lama awak datang semula sebab awak tidak mahu makan dan asyik muntah,” tulisnya di Instagram.

Tambah pelakon filem Busut Bonang menyifatkan ini rezeki anaknya untuk turut sama ke Syria bagi menyertai misi kemanusiaan di sana.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memohon kepada semua untuk mendoakan keselamatan isteri dan anak yang berada dalam kandungan.

“Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria.

“Terima Kasih Allah. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan awak (Ardell) dan sentiasa diberkati Allah. 

“Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta kalian doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur pada Allah ❤️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior 👶🏻 dalam perut awak masa ni 🤰🏻Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya 🤰🏻❤️ Syukur Ya Allah 🤲🏻 #Adhwardell Junior 2020 😍 New Journey for me 🤲🏻

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Sementara itu menerusi sebuah entri di IGnya, Ardell turut berkongsi alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.

Walau bagaimanapun, Adhwa dan Ardell tidak mendedahkan usia kehamilan kepada umum.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dari Bulan Lepas Teman Awak Tidur Dalam Tandas ..” – Nadzmi Adhwa Seb@k Isteri Hamil Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*