Sikap prihatin dan perikemanusiaan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam diri seseorang. Saling bertimbang rasa dan membantu memudahkan urusan orang lain terbukti adalah satu t1ndakan yang mulia yang wajar diberi pengiktirafan.
Seperti video yang viral di Twitter ini, seorang pemandu RapidKL menumpangkan seorang lelaki yang basah kuyup di dalam hujan lebat kerana motosikalnya r0sak. Penumpang yang ada di dalam bas ketika kejadian sempat merakam dan memuji tindakan prihatinnya.
Tolong penunggang motor kebasahan
Hrni first time aku tgk pemandu bus @MyRapidKL tolong sorg brother ni kebasahan motor rosak. Motor dalam bus. Situasi lepas tol sunway, hujan lebat. Torbaaikk la abg bus pic.twitter.com/pqaSCWBipm
— fieza pinky (@fiezapinky) December 19, 2019
Berhenti betul-betul depan kedai motor
Ketika sampai di lokasi, abg bus berhentikan betul2 dpn kedai motor tanpa meminta bayaran. @MyRapidKL dan @AskRapidKL , xsilap sy namanya sharifuddin. pic.twitter.com/3eKwr2tB0u
— fieza pinky (@fiezapinky) December 19, 2019
Di ruangan komen, ramai turut bangga dengan sikap bertimbangrasa yang ditunjukkan pemandu bas. Mereka turut memohon pemandu ini diberi penghargaan di atas usaha kecil yang ditunjukkan.
‘Tolong beri penghargaan’
Walaubagaimanapun, ramai turut memohon supaya tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas pemandu ini kerana dikatakan melanggar SOP ketika bertugas.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Fieza Pinky via OHBULAN
Be the first to comment on "[VIDEO] Tindakan Mulia Pemandu Bas Tumpangkan Penunggang Motosikal R0sak Dalam Hujan Dipuji"