“Tahniah, Comelnya Baby!”- Disangka Selamat Menimang Cahaya Mata Baru, Rupanya Jimmy Shanley…

Kemas kini terbaharu pelakon dan pengacara Jimmy Shanley yang memuat naik foto seorang bayi telah mengelirukan pengikut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi foto tersebut, rata-ratanya menyangka bayi itu merupakan anak yang baru dilahirkan hari ini.

“Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT datang dari pelbagai cara bukan hanya dari harta atau wang ringgit, yang penting kenalah bersyukur…

“Hari ini 20 Disember tarikh hari lahir anak perempuan saya yang bongsu moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh…” tulisnya.

Kapsyen itu juga membuatkan peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran anaknya.

‘Tahniah, comelnya baby’, ‘Tahniah Jimmy, yang ke berapa ni?’, dan ‘Alhamdulilah tahniah,’ antara komen peminatnya.

Bagaimanapun foto itu diambil dua tahun lalu dan Jimmy memuat naik entri tersebut sempena hari lahir anak keduanya, Lisa Shanley

Malah foto itu juga menunjukkan tarikh 20 Disember 2017.

Terdahulu, Jimmy telah mendirikan rumah tangga bersama Mariam pada 7 Jun 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Hannah Shanley dan Lisa Shanley.

Manakala menerusi perkahwin pertamanya dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010, Jimmy dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 8. 

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada Oktober 2012.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Tahniah, Comelnya Baby!”- Disangka Selamat Menimang Cahaya Mata Baru, Rupanya Jimmy Shanley…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*