‘Print’ Gambar Anak Pada Baju, Bapa Luah Rasa Sayu Anak Hilang Lebih 8 Bulan

Ibu bapa mana yang tidak s3dih apabila anak yang dilahir dan dijaga mereka sejak dari kecil hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. Sejak dari dahulu lagi, pelbagai berita kehilangan kanak-kanak dilaporkan media sehingga ada daripadanya masih belum berjaya dijejaki sehingga kini.

Seorang bapa ini berkongsikan coretan sayunya di laman Facebook apabila anak lelaki yang baru berusia 8 tahun sudah hilang hampir setahun dan gagal dikesan sehingga ke hari ini. Malah apa yang menyedihkan, dia sehingga kini telah melakukan pelbagai cara semata-mata untuk mencari anaknya termasuklah memakai baju yang dicetak gambar anaknya tersebut demi mencari semula insan kesayangannya itu.

Pelbagai f1tnah turut dilemparkan

 

Hari ke- 245 besamaan 8 bulan 3 hari.

Assalamualaikum.wbt.

Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini. Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam f1tnah dilontarkan. Kami redha ketentuan Ilahi.

Di dalam hati tidak pernah berputus-asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama, supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui.

Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui segalanya, aku berserah kepadaMu Ya Allah. Temukanlah anakku, Zahir.

Netizen turut terasa

Luahan yang dibuat lelaki itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikutnya. Ramai yang berharap agar kanak-kanak tersebut segera ditemui. Malah tidak kurang, mereka juga turut mendoakan agar keluarga tersebut diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberika Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Facebook Mohd Fauzi via OHBULAN

Be the first to comment on "‘Print’ Gambar Anak Pada Baju, Bapa Luah Rasa Sayu Anak Hilang Lebih 8 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*