[FOTO] Sekitar Majlis Pernikahan & Malam Berinai Kakak Aiman Tino, Fara Hezel

Kakak kepada penyanyi terkenal, Aiman Tino iaitu Fara Hezel telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Terengganu dengan dua kali lafaz, hari ini. Fara yang juga merupakan seorang penyanyi telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama suami, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara, pada jam 3.32 petang tadi.

Pada majlis yang serba indah itu, Fara telah menerima mas kahwin sebanyak RM400 berserta wang hantaran berjumlah RM20,000.

Mula perkenalan sejak tiga tahun lalu

Menurut laporan Berita Harian, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Fara sendiri iaitu Yusri Ishak dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Fara berkata dia sudah mula mengenali suaminya itu ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Katanya, hubungan mereka bagaimanapun mula rapat sejak April meskipun sudah tiga tahun berkawan.

Saya mula mengenalinya ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Biarpun sudah tiga tahun berkawan, hubungan kami mulai rapat sejak April lalu. Dia pada asalnya rapat dengan Aiman.

Moga detik penutup kepada 2019 yang menjadi saksi penyatuan kami ini akan menghadirkan sisi indah buat saya dan suami pada masa mendatang.

Sekitar malam berinai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Farahezel, Berita Harian via OHBULAN

Be the first to comment on "[FOTO] Sekitar Majlis Pernikahan & Malam Berinai Kakak Aiman Tino, Fara Hezel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*