Kampung People, drama yang bawa kelainan buat penonton ‘lega’

Rasanya apabila sesebuah drama yang ditonton menerusi kaca televisyen yang lari daripada kebiasaan seperti drama cinta, pasti membuatkan drama berkenaan menjadi bualan ramai.

Ini juga yang terjadi buat drama terbaru bersiri bertajuk Kampung People. Drama ini berjaya menambat hati ramai peminat drama tempatan yang dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Drama yang mula ditayangkan pada 11 Disember ini menjadi bualan ramai. Selain itu, baru saja beberapa episod sudah menemui penonton tetapi mendapat respon luar biasa daripada penonton.Dalam pada itu, watak yang dilakonkan oleh Elly Mazlein juga hangat diperkatakan apabila watak terbabit sangat sesuai dengannya.

Selain itu, penonton juga memuji lakonan Elly Mazlein yang best dan tidak bosan serta kelakar sepanjang drama berkenaan ditayangkan.


Menerusi laman TV3 Malaysia juga, pelbagai maklum balas positif ditinggalkan penonton yang rata-rata suka dengan kelainan dibawa dalam drama berkenaan.

Tidak kurang juga, pengarah drama Kampung People turut dipuji dan diucapkan tahniah kerana menghasilkan jalan cerita yang lari dari kisah cinta dan sebagainya.

Bagaimanapun, drama Kampung People juga membuatkan orang dewasa turut terhibur dan gelak besar dihadapan kaca televisyen.

Ker@s pervt gelak sorang-sorang… 

Tahniah pengarah cerita ni…

Best gila cerita ni…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TV3 Malaysia, Youtube via HCL

Be the first to comment on "Kampung People, drama yang bawa kelainan buat penonton ‘lega’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*