“Dari Zaman Mak Dia Sampai Anak, D Je…”- Sekali Lagi, Shiera Sempoi D3dah Keputusan PT3 Anak

Sempoi! Sekali lagi pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi keputusan peperiksaan anaknya.

Seperti ramai yang sedia maklum keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diumumkan hari ini.

Shiera menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan keputusan penuh anaknya, Airell yang menerima 1A, 2F, 6D.

“Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je..Apa ni…adoiiiii

“Dah cakap kat suami suruh pergi pagi-pagi ambil satu je A

“Jangan hina anak kita…tau.. Kita pun macam tu dulu..

“Tapi kita bayar tax. Rajin pergi rumah orang kahwin. Rajin pergi hospital tengok orang sakit. Bergantung kalau tak busy

“Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup. Supaya hormat orang tua dan tak macam orang lain komen kecikkan hati orang..ya…Hidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ya

“Tahniah yang dapat A…Jauhi DADAH…banyak D ni,” tulisnya.

Perkongsian jujur Shiera itu mendapat pelbagai respon daripada peminat yang mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut.

Malah, ada yang memberikan kata-kata semangat agar anaknya terus berusaha dan tidak berputus asa dengan keputusan yang diperoleh hari ini.

“English A tu. Bukan biasa-biasa.

“Tak apa Shira…tu dah terbaik ….jangan putus asa ..ada 2 tahun ..form 5 usaha lgi…

“Kak, saya dulu pun banyak D. Tapi sekarang saya dah buat MASTER dan pegawai kebudayaan,” komen antara peminat.

Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Shiera turut mempunyai seorang anak bernama Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Apa-apa pun buat semua calon PT3 yang memperoleh keputusan hari ini, selamat maju jaya daripada kami di Gempak!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dari Zaman Mak Dia Sampai Anak, D Je…”- Sekali Lagi, Shiera Sempoi D3dah Keputusan PT3 Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*